SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, October 10, 2010

APA HEBATNYA 10.10.10? (NUMBERS THAT COUNT)

Sesetengah orang memang sangat mengambil berat tentang nombor, apatah lagi dalam era digital ini. Misalnya, tarikh kalendar Masihi hari ini, 10.10.10 (triple tens) dianggap sebagai unik dan hanya akan berulang dalam tempoh 100 tahun (10.10.2110). Angka 10 dikaitkan dengan kesempurnaan, iaitu markah penuh.

Khabarnya banyak pasangan mempelai memilih tarikh 10.10.10 sebagai detik memori terindah hari langsung mereka. Maka, naib kadi (penolong pendaftar nikah, cerai dan rujuk) harus mengisi jadual harian paling padat. Kebetulan, tarikh 10.10.10 jatuh pada hari Ahad.
Hakikatnya ialah tiada sebarang kelebihan tarikh 10.10.10 ini melainkan mudah diingati justeru berulang-ulang tiga kali. Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor memilih tarikh 10.10.10 untuk upacara akad nikah di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan majlis resepsi di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) kerana pada tarikh yang sama tiga tahun dahulu (10.10.2007), beliau mencatat sejarah berada di angkasa lepas. Pilihan hati beliau ialah Dr Harlina, bekas penuntut perubatan UKM, iaitu tempat Dr Sheikh bertugas.

Tanggal 10.10.10 Masihi mendapat perhatian kerana dipromosikan oleh media dan firma pengurusan acara supaya tampak gah dan glamor. Kalau dipinta hujah saintifik dan nas sahih, nescaya mereka akan hanya mampu mereka-reka justifikasi. Balik-balik hujah aura nombor yang akan dicanang-canangkan.

Terpulang kepada sesiapa untuk memilih sebarang tarikh yang difikirkan memiliki susunan angka yang unik seperti 10.10.10, asalkan tidak dikaitkan dengan tuah yang tertentu kerana jelas tiada sandaran hujah yang autentik. Ketaksuban terhadap angka tertentu kadang-dang mengakibatkan tindakan di luar kewajaran. Misalnya, nombor plat kenderaan tertentu (nombor tunggal, 66, 88) dibida hingga ratusan ribu ringgit.

Begitu juga anggapan bahawa nombor tertentu membawa sial. Angka 13 misalnya menjadi fobia kepada pihak tertentu, termasuk pemaju hartanah. Ada juga hotel yang tidak menawarkan bilik nombor 13.
Perbincangan tentang angka dan nombor menjadi asas kepada ilmu matematik, statistik dan pelbagai bidang gunaan. Pada era digital ini, banyak nombor yang perlu dicatat dan diingati dalam urusan kewangan, komunikasi dalam talian, permohonan dan pentadbiran. Kebanyakan orang tidak pernah melihat duit gajinya yang sebenar (wang kertas dan duit syiling), melainkan butiran angka dan nombor yang tercatat dalam slip gaji...

No comments: