SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, October 21, 2010

BULAN BAHASA KEBANGSAAN KINI DI PENGHUJUNG (NATONAL LANGUAGE CAMPAIGN)

Benarkah bahasa Melayu perlu menagih simpati daripada para pedagang dan industrialis untuk diberi nilai ekonomi? Wajarkah mereka yang dibiarkan menentukan nasib bahasa Melayu yang begitu jelas statusnya dalam perlembagaan negara? Adakah pihak berwajib terlalu berlembut dalam penguatkuasaan Akta Bahasa Kebangsaan?
Sebenarnya begitu banyak pertanyaan yang boleh dibangkitkan tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dilihat cuba dipinggirkan oleh pihak-pihak tertentu yang lebih cenderung terhadap penggunaan bahasa Inggeris. Mentaliti kolonial masih jelas melekat dalam minda mereka. Bahasa Inggeris begitu agung dan unggul, serta menakluk segenap denyut nadi mereka!

Pejuang bahasa Melayu ialah orang-orang yang rasional lagi menjunjung perlembagaan negara. Percubaan melabel pejuang bahasa kebangsaan sebagai ekstremis bahasa sangatlah keterlaluan. Perbuatan itu ibarat seorang pencuri sebenar yang menuduh orang baik-baik sebagai pencuri!
Bulan Oktober yang diisytiharkan sebagai bulan bahasa ialah satu kempen peringkat nasional yang bertujuan memupuk kesedaran masyarakat supaya terus menjaga martabat bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa kebangsaan. Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda yang lain tidak disekat daripada terus digunakan, tetapi hendaklah tidak melebihi kedudukan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan (Perkara 152 dan perkara 153). Barang diingat bahawa perlembagaan ialah undang-undang tertinggi negara, dan sebarang keputusan yang bercanggah dengannya terbatal, serta tidak sah.

Ketegasan pihak mahkamah menolak dokumen kes dalam bahasa Inggeris baru-baru amat menggembirakan. Begitu juga komitmen Persatuan Majikan Malaysia yang diterajui oleh David Chua yang memberi sokongan padu terhadap usaha mengubah cara berfikir para industrialis supaya mengutamakan bahasa Melayu dalam penyediaan dokumen niaga dan urusan rasmi yang lain. Tinggal sektor kewangan yang masih mencatat dalam penafian (disclaimer) semua dokumen perjanjian yang diterjemahkan sebagai "jika berlaku sebarang kekeliruan dalam tafsiran mana-mana bahagian dan fasal, maka versi bahasa Inggeris hendaklah diterima sebagai muktamad"!

Kini, bulan bahasa sudah memasuki minggu terakhir. Kita berharap bahawa pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai urus setia bagi pihak kerajaan akan membuat penilaian terhadap keberkesanan dan pencapaian bulan bahasa kali ini terhadap usaha memasyarakatkan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat, sektor swasta dan institusi pengajian. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa utama dunia, bahkan menjadi lingua franca di rantau sebelah sini...

No comments: