SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Sunday, October 31, 2010

PENTING SANGATKAH GURU MEMILIKI IJAZAH SARJANA? (HIGHER DEGREE FOR TEACHERS)

Ketika penulis blog (PB) menerima surat tawaran hadiah latihan persekutuan, cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa selam dua tahun, ada rakan yang mengusik bahawa PB sebenarnya orang kecewa justeru tidak pernah mendapat perhatian untuk pencalonan gaji melintang menegak SSB. Setelah kembali ke kampus (Universiti Malaya), PB mendapati bahawa hampir 65% pelajar sarjana pendidikan terdiri daripada kaum hawa. Adakah mereka pula boleh dianggap sebagai berbuat helah untuk melarikan diri daripada kesibukan urusan sekolah dan urusan rumah tangga?

2      Ketika berjumpa dengan seorang ketua nazir negeri bagi mendapatkan data tugasan, PB terlebih dahulu telah diberi "syarahan percuma" hampir setengah jam. Ketua nazir berkenaan memprovokasi kewajaran guru meninggalkan sekolah untuk mengejar ijazah tinggi yang mungkin sekali lebih menjurus terhadap kepuasan kendiri semata-mata. Benarkah ada hubung kait (corelation) antara kelayakan akademik guru dengan pencapaian murid?

3    PB memilih untuk lebih banyak berdiam diri dan berhati-hati memberikan pandangan supaya tujuan mendapatkan data tercapai. Guru yang mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) universiti awam tempatan dibiayai tidak kurang daripada RM150k, termasuk emolumen guru lain untuk mengisi tempat yang dikosongkan di sekolah. Maknanya, guru yang kembali ke sekolah atau mana-mana organisasi di bawah kementerian pelajaran mestilah memberikan sumbangan yang setimpal dengan perbelanjaan pengajian yang sebenarnya ditanggung oleh pembayar cukai.

4    Lucunya, setelah berjaya mendapatkan data yang dikehendaki, PB menerima pula surat penghargaan (baca: saman PBT) kerana meletak kereta melebihi tempoh masa. Nampak gayanya, syarahan ketua nazir tadi perlu dibayar. Namun, masih berbaloi!

5     Peluang mendapat cuti belajar ketika itu ialah untuk 230 orang guru daripada hampir 3,000 permohonan seluruh negara. Calon sarjana kepengetuaan yang terlebih dahulu mengikuti kursus diploma di Institut Aminuddin Baki (30 - 40 orang) dikurniakan cuti belajar secara automatik. Bagi ijazah Ph.D, sebanyak 70 calon dipilih untuk tempoh pengajian tiga tahun juga di dalam negara.

6     Ada juga rakan sekuliah yang terpaksa membiayai sendiri pengajian tanpa cuti mengatakan PB sebagai bernasib baik kerana ada kabel tertentu. Apabila PB mengatakan bahawa kabel yang digunakan ialah persediaan rapi sebelum menulis cadangan penyelidikan, dan persediaan sebelum temu duga, mereka enggan percaya. Akhirnya, atas prinsip tidak wajar menceritakan kejayaan kepada sahabat-sahabat yang tidak berjaya, PB sekadar berkata, "sudah rezeki".

7    Pada tahun berkenaan, Bahagian Biasiswa Kementerian Pelajaran telah mengadakan majlis "kenduri" kepada semua pemegang biasiswa yang terpilih, bertempat di auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuala Lumpur. Tan Sri Rafie Mahat (Allahyarham), ketua pengarah pelajaran ketika itu menyifatkan program pensarjanaan guru ialah bagi menyediakan pelapis kepimpinan pendidikan untuk jangka masa panjang. Hasrat pihak kementerian bagi mendorong inovasi di sekolah boleh digerakkan menerusi kepakaran penyelidikan yang dimiliki oleh kumpulan guru yang memiliki ijazah tinggi.

8      Pada tahun ini (2010) sepatutnya di sekolah rendah sahaja, 50 peratus guru memiliki ijazah pertama, dan di sekolah menengah pula sebahagian guru memiliki ijazah tinggi. Di Lembah Kelang yang berhampiran dengan lokasi kampus universiti awam dan perpustakaan penyelidikan, banyak cikgu berpeluang mengikuti kursus sarjana dan Ph.D secara sambilan. Sebab itu di sekolah rendah pun sudah banyak guru yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan disertasi dan tesis Ph.D.

9   Kerjaya keguruan sebagai satu bidang ikhtisas perlu sentiasa berlakunya kemas kini pengetahuan, kemahiran dan sikap. Jika akauntan, arkitek, doktor, jurutera, juru ukur bahan dan peguam perlu sentiasa membaca jurnal penyelidikan terkini dalam bidang masing-masing, maka begitu jualah sepatutnya dengan kaum guru. Salah satu caranya ialah dengan menyambung pengajian di peringkat ijazah tinggi.

10    Kerajaan mengunjurkan menjelang tahun 2020, negara memiliki sejumlah 100,000 pemegang ijazah Ph.D dalam pelbagai bidang, termasuk keguruan. Kini peluang cuti belajar dihadkan kepada guru yang berusia di bawah 40 tahun. Guru-guru yang masih muda, telah disahkan jawatan dan telah berkhidmat minimum lima tahun perlu merancang untuk kesempatan itu...

7 comments:

Anonymous said...

Tahniah... Saya bangga dgn pencapaian cikgu..kerana saya juga orang yang bercita-cita sedemikian.. tapi tidak ada peluang.

penulis blog said...

terima kasih

insya-Allah peluang tuan akan munul juga satu ketika nanti...

Cikgu Nie.. said...

Assalamualaikum.

Saya cuma ingin mendapatkan perkongsian daripada cikgu tentang prosedur pegawai pendidikan yang memyambung pelajaran (Sarjana/Master)memandangkan cikgu pastinya berpengalaman dalam hal ini.

Adakah menyambung pegajian pringkat master secara separuh masa perlu mendapatkan kebenaran menyambung pelajaran terlebih dahulu daripada JPN.

Terima Kasih cikgu..

cikgu azhar said...

Wa alaikumussalam

Ya, perlu berbuat demikian menerusi pengetua. Tujuannya ialah untuk kelayakan cuti tanpa rekod sebanyak 30 hari (jika ada keperluan kuliah / peperiksaan pada hari-hari bekerja).

Selain itu, makluman rasmi cikgu mungkin membantu dari segi penyusunan jadual waktu dan agihan tugas yang lain...

Anonymous said...

Cikgu Azhar, Tahniah kerana diberi kesempatan untuk melanjutkan pelajan dengan mendapat tajaan.Bagi saya mendapatkan ijazah tinggi menjadi pembakar semangat kepada anak-anak dan isyarat kepada masyarakat agar tidak lagi memandang rendah kepada kami guru-guru sekolah rendah.Tetapi saya rasa sedikit kecewa dengan pihak atasan yang langsung tidak memandang kami yang kecil ini. Saya tetap melanjutkan pelajaran ke phd walaupun dengan perbelanjaan sendiri dengan semangat ingin memartabatkan profesion guru-guru sekolah rendah walaupun hanya guru biasa.

penulis blog said...

Tahniah cikgu

Kalau sudah disuratkan rezeki untuk cikgu, tiada siapa pun dapat menghalangnya. Tidak kira guru prasekolah, sekolah rendah, menengah atau dewasa, peranan mereka tetap sama iaitu memupuk pembelajaran. Mudah-mudahan penyelidikan cikgu di peringkat Ph.D dapat dikongsi oleh seluruh warga guru yang mencintai ilmu tinggi.

Biarlah pihak atasan tidak menghargai. Hanya jauhari mengenal maknikam. Syabas cikgu...

Amybalqis said...

Tahniah cikgu...
Alhamdulillah...terasa berkobar2 diri ni nak sambung belajar lagi. Saya br saja memasuki bidang pendidikan...pengalaman br setahun jd pendidik tp hasrat yg diwawarkan oleh KPM akn saya ambil jika diberi biasiswa oleh KPM. Walaupun kini, saya telah memiliki Ijazah Sarjana(bukan pendidikan) namun hasrat untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman tidak pernah padam.