SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, October 24, 2010

SESAK DAN SESAT JALAN DI IPOH? (TRAFFIC JAM AND CONFUSING SIGN BOARD IN THE CITY)

Bagi pemandu kenderaan yang tidak memiliki sistem GPS, pergantungan terhadap papan tanda arah jalan sangatlah penting. Masalah di negara kita ialah sistem papan tanda arah jalan yang mengelirukan dan sering pula tiba-tiba hilang. Maksudnya sistem papan tanda di jalan raya kita tidak dapat diharapkan sepenuhnya.
Bandaraya Ipoh juga tidak terkecuali. Jika warga Ipoh sendiri boleh berpusing-pusing mencari jalan keluar daripada sesuatu kawasan perumahan, apatah lagi dengan pengunjung luar. Hendak membaca papan tanda pun satu masalah justeru kenderaan di belakang meluru laju-laju belaka!
Kalau dahulu Petaling Jaya dan Shah Alam sering mengelirukan dengan seksyen yang tidak semestinya mengikut susunan nombor, kini keadaan yang sama dirasai di hampir semua bandar besar, terutama di kawasan perumahan. Ada persiaran, solok, hala, laluan, regat, jalan dan macam-macam gelaran lagi. Lebih memeningkan apabila digandingkan dengan barat, selatan, timur dan utara selain nombor yang melompat-lompat.
Kesesakan pula biasanya berlaku pada waktu puncak, iaitu waktu awal pagi apabila kebanyakan warga bandar berebut-rebut menghala tempat kerja, atau menghantar anak ke sekolah. Selain itu, kepadatan kenderaan meningkat semula menjelang tengah hari, iaitu waktu rehat pejabat dan waktu balik murid sekolah. Akhir sekali ialah antara pukul lima hingga enam petang apabila kebanyakan pejabat mulai ditutup.
Faktor lain yang menyumbang kepada kesesakan ialah tempoh pertukaran lampu isyarat yang agak singkat, sistem bulatan (round-about), kereta rosak, objek jatuh di tengah jalan, sekatan jalan raya dan lencongan ketika proses naik taraf jalan. Sudah tiba masanya pihak berkuasa tempatan dan perancang kejuruteraan jalan bandar raya beralih kepada jalan bertingkat (fly over) bagi menyuraikan kesesakan trafik yang diakibatkan oleh sistem bulatan dan lampu isyarat. Kos pembinaan akan menjadi lebih cekap jika ekonomi bidangan dapat dinikmati menerusi pembinaan terancang dan besar-besaran...

No comments: