SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, October 12, 2010

PELANCARAN BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH (NATIONAL LANGUAGE ACROSS CURRICULUM)

Ipoh, Rabu: 13.10.10 / 5 Zulkaedah 1431

Sementara semangat pelancaran bulan bahasa peringkat kebangsaan oleh Timbalan Perdana Menteri di Stadium Indera Mulia tepat seminggu yang lalu masih menyala, SMK St Michael, Ipoh (SMI) mengatur langkah bijak melancarkan kempen yang sama di peringkat sekolah. Sebagai sebuah sekolah mission yang dahulunya berpengantar bahasa Inggeris, dan dengan majoriti murid yang terdiri daripada bukan penutur jati bahasa Melayu, daya usaha Panitia Bahasa Melayu SMI mendapat sokongan padu pentadbiran sekolah. Kebolehan bertutur lebih daripada dua bahasa menjadi kelebihan budak SMI.
Dalam ucapan pelancaran, pengetua SMI, Encik Phoon Chong Chee mahukan murid mengambil berat tentang penguasaan segala kemahiran lisan, dan penulisan dalam bahasa Melayu. Antara petunjuk segera yang boleh mengukur tahap penguasaan bahasa Melayu di SMI ialah pencapaian mata pelajaran berkenaan dalam setiap peperiksaan dalaman dan awam. Beliau menegaskan bahawa kedudukan bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan negara dan semua pihak perlu akur akannya.
Sebelum itu, guru kanan bahasa SMI, Tuan Haji Mohamad Sidik bin Haji Zakaria mengungkapkan fungsi bahasa Melayu sebagai faktor pemersatu dan lambang jati diri rakyat Malaysia. Beliau memberi contoh negara Indonesia yang memiliki kepelbagaian dialek mengikut etnik dan daerah yang dipisahkan oleh lebih 7,000 buah pulau disatukan dengan bahasa Melayu (versi Indonesia). Proses asimilasi menerusi bahasa diperluaskan dengan penggunaan nama tempatan bagi generasi kelahiran Indonesia walaupun nenek moyang mereka berasal dari negara lain.
Majlis pelancaran turut diserikan dengan deklamasi sajak "Bahasa Jiwa Bangsa" dan pantun klasik. Di samping itu, penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan esei bahasa Melayu turut diadakan. Walaupun ringkas, pelancaran bulan bahasa di SMI bukanlah sekadar memenuhi syarat, atau "melepaskan batok di tangga" (bukan batuk), sebaliknya suatu kebijaksanaan yang bersifat jangka masa panjang, serta melangkau alur zaman dan lingkungan...

No comments: