SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, October 4, 2010

PEPERIKSAAN PMR BERMULA (FORM 3 IN "THE BATTLEFIELD")

Ipoh, Selasa: 5.10.10 / 26 Syawal 1431

Mulai hari ini, hampir setengah juta orang murid remaja berusia 15 tahun berhadapan dengan satu lagi ujian besar dalam hidup mereka, iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR). Walaupun jaminan tempat ke tingkatan menerusi dasar kenaikan automatik diberi, murid-murid tetap bertungkus-lumus membuat persediaan yang sangat rapi. Bagi ibu bapa, pencapaian anak-anak itu tetap merupakan ukuran "maruah" mereka, walaupun di bibir cuba menafikannya.
Dengan keadaan cuaca yang cerah, calon PMR SMK St Michael, Ipoh dikumpulkan di dataran badminton sebelum bergerak ke dewan peperiksaan yang ditetapkan. Peringatan dan kata-kata perangsang terakhir disampaikan guru, khususnya oleh setiausaha peperiksaan tingkatan 3, Puan Usha Rani. Wajah calon kehihatan biasa-biasa sahaja tanpa menunjukkan rasa cemas.
Tidak kedengaran suara maskulin murid tingkatan 3 SMI seperti lazimnya. Masing-masing menjadi "skema" dan tertib untuk memberi fokus terhadap permulaan yang cemerlang. Idea dan segala input pengetahuan yang telah diperoleh selama ini bakal diturunkan dalam kertas jawapan kelak.
Persediaan bertahun-tahun akan diuji dalam hanya lima hari. Walaupun kebanyakan kertas berbentuk soalan aneka pilihan (objektif), kaedah "tembak-tembak", lambung buah dadu, atau cat cilun at-at, oh sum dan lain-lain bukanlah pilihan pelajar cemerlang. Mereka sedar bahawa item soalan telah direka bentuk sedemikian rupa, diikuti oleh pengganggu jawapan bagi memisahkan mereka (calon cemerlang) dengan calon kategori lain...

No comments: