SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, October 15, 2010

SELOKA EMAK SI RANDANG (THE LIMIT TO ENTERTAIN OTHERS)

Sebagai genre puisi tradisional yang menyampaikan mesej dan pengajaran secara bijak, seloka menyelitkan sindiran sosial yang tajam, tetapi secara halus dan santai. Sebagaimana genre puisi lain yang dipersembahkan menerusi lenggok dan irama yang tertentu, seloka juga demikian. Sayangnya, genre seloka pada masa ini hanya dikenali menerusi pembacaan, bukan lafaznya.

Seloka Emak Si Randang dimuatkan dalam antologi Harga Remaja, halaman 12. Hanya terdapat lapan baris puisi dan 29 patah perkataan digunakan. Ringkas, tetapi begitu tajam sindirannya kepada anak bangsa.

Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.


Walaupun seloka di atas boleh ditafsirkan secara lebih jauh, iaitu tentang kenegaraan dan sejarah, tetapi untuk tujuan pembelajaran komsas tingkatan 4, memadai sekadar maksud seloka yang zahir, atau selapis sahaja. Berdasarkan batasan itu, seloka di atas menjurus kepada tema budi berpada-pada. Walaupun meraikan tetamu itu satu amalan mulia, tetapi janganlah hingga menggadai keperluan diri sendiri dan keluarga.

Emak Si Randang telah melakukan perkara di luar kemampuan (tiada kayu, rumah diruntuhkan; dagang pergi, awak terhutang)) demi melayan tetamu asing (dagang lalu, kera di hutan). Lebih malang lagi bahawa si emak telah membiarkan anak pulang kelaparan, sambil anak di pangkuan diletakkan. Beras habis ditanak (dimasak), sedangkan (tanaman) padi tidak menjadi.

Soalan:

i.   Nyatakan layanan Emak Si Randang terhadap dagang lalu?   (2 markah)

     Emak Si Randang menanakkan nasi dan meruntuhkan rumah untuk dibuat kayu api.

ii.  Jelaskan cara melayan tetamu mengikut pendapat anda.   (3 markah)

    Tetamu hendaklah dilayan dengan penuh rasa hormat supaya dia berasa selesa di rumah saya. Selain itu, tetamu dihidangkan makan minum seadanya kerana kebiasaannya tetamu tidak akan memintanya secara terus terang.

iii.  Terangkan dua pengajaran daripada seloka.   (3 markah)

     Pertamanya, kita hendaklah melayan tetamu berdasarkan kemampuan supaya tidak timbul kesusahan pada  kemudian hari. Keduanya, kita jangan mengabaikan keluarga sendiri kerana mereka  merupakan tanggungjawab kita.

No comments: