SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, October 18, 2010

PROGRAM CEMERLANG EKONOMI SMI (MICHAELIAN'S STPM CANDIDATES IN SEARCH OF EXCELLENCE)

Ipoh, Selasa: 19.10.10 / 11 Zulkaedah 1431

Antara laporan Majlis Peperiksaan Malaysia tentang perkara yang perlu diberi perhatian oleh calon Ekonomi STPM ialah penguasaan konsep, serta teori yang dipelajari untuk soalan berbentuk aplikasi. Selain itu, sebahagian calon didapati mengabaikan unit ukuran, arahan dua titik perpuluhan dan label pada gambar rajah. Buktinya, calon hanya menulis berdasarkan pengetahuan am, terutama bagi tajuk yang kurang diberi tumpuan.
Menyedari hakikat itu, panitia ekonomi, SMK St Michael, Ipoh (SMI) mengambil daya usaha membantu calon yang berjumlah 77 orang bagi membuat persiapan rapi bagi mata pelajaran ekonomi. Sesi bengkel disampaikan oleh ketua panitia, Encik Veeriah a/l Sinniah. Program selama dua jam itu bermula pada pukul 10.30 pagi bertempat di Dewan Kuliah 1.
Objektif utama bengkel ialah untuk merumuskan strategi persediaan bulan terakhir sebelum menjelang STPM, dan merangka analisis topikal secara menyeluruh. Kedua-dua kertas mikro dan makro telah dibincangkan secara berturut-turut. Jika program sifar F tahun lepas telah berjaya mencapai matlamat lebih daripada 90 peratus calon mencapai minimum gred D, maka tahun ini fokus diberikan kepada peningkatan kuantiti pencapaian gred cemerlang dan baik (A, A-, B+, dan B).
Kebanyakan calon ekonomi SMI meraih markah yang baik dalam bahagian A (30 soalan aneka pilihan = 30 markah) dan bahagian D (2 daripada 4 soalan kuantitatif = 20 markah). Kekuatan itu perlu dikekalkan, sambil penambahbaikan dalam bahagian B (esei pendek, 5 @ 6 markah = 30 markah) dan bahagian C (esei panjang, 2 @ 10 markah = 20 markah) diteruskan. Dalam tempoh sebulan terakhir ini, kedua-dua bahagian penulisan esei akan diberi tumpuan khas.

No comments: