SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, October 6, 2010

MI KARI KAMPUNG KEPAYANG, IPOH (CURRY MEE SPECIAL RECIPE)

Keistimewaan sesuatu tempat seringkali dikaitkan dengan menu makanan utamanya. Ipoh terkenal dengan mi rebus Ramli (3 cawangan restoran), nasi ayam Ipoh dan mi kari stadium (dikendalikan oleh peniaga Cina Muslim). Restoran mamak 24 jam turut menjadi tumpuan masyarakat yang tidak tentu jadual makan minum mereka.
Dalam kalangan pekerja pejabat di sekitar bandar raya, kakitangan bomba dan polis, terdapat satu lagi menu istimewa, iaitu mi kari Kepayang. Gerai kampung yang dikendalikan oleh Kak Chik, suami dan anak perempuannya boleh dianggap sebagai "edisi terhad". Gerai dibuka seawal pukul tujuh pagi itu paling lama berakhir pukul sepuluh.

Kelebihan mana-mana menu makanan berkuah sudah tentulah keenakan kuahnya. Resepi "rahsia" Kak Chik Kampung Kepayang Fair Park (ada satu lagi Kampung Kepayang di Sungai Raya, Ipoh) sebenarnya unik dan boleh dipatenkan sebagai jenama tersendiri sebagaimana KFC atau McD. Namun, berdasarkan cakap-cakap pasangan peniaga berusia separuh abad itu, mereka sudah berasa selesa dengan perniagaan skala kecil yang tidak memeningkan kepala, atau menambah beban minda.

Pengunjung gerai biasanya datang makan sebelum waktu pejabat, atau pada waktu rehat pagi. Walaupun berstatus gerai kampung, kedudukannya hanyalah dalam tempoh dua minit memandu kenderaan dari arah Stadium Perak, atau lima minit dari pejabat utama kerajaan dan swasta di sekitar bandar raya. Tiada peluang untuk berlama-lama berborak justeru banyak pelanggan lain sedang menunggu giliran ruang letak kenderaan dan juga meja makan.

Penulis blog (PB) biasanya mengunjungi gerai mi kari Kepayang pada pagi Sabtu dalam kekerapan dua bulan sekali. Menu lain yang disediakan termasuk mi sup dan nasi lemak. Selain itu, kuih-muih yang biasa seperti karipap dan cucur badak juga diletakkan oleh pembuat kuih lain atas konsep komisen.

Biasanya, nasi lemak yang habis dahulu sebab hanya ditanak sekadar seperiuk sahaja. Menu kedua yang habis dalam pukul 9 pagi ialah mi kari. Jika lambat, mungkin pesanan mi, mihun atau kuetiau sup sahaja yang boleh dilayani...

No comments: