SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, October 14, 2010

SK SERI AMPANG DIKEPUNG ZON PERDAGANGAN (THE SCHOOL GETTING CONGESTED)

Permintaan yang tinggi terhadap sektor perumahan dan perniagaan mengakibatkan proses pembandaran (urbanisation) merebak dengan cepat ke kawasan sekitar hingga mewujudkan bandar-bandar satelit yang asalnya deretan rumah kedai di kawasan perumahan. Petaling Jaya misalnya telah muncul sebagai sebuah bandar satelit kepada Kuala Lumpur, bahkan telah mencapai status bandar berkepadatan tinggi. Di Ipoh, pekan kecil di sekelilingnya seperti Bercham, Gopeng, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan telah muncul sebagai rangkaian bandar satelit kepada bandar raya berkenaan.

Dengan harga setiap inci tanah yang begitu tinggi, kawasan lapang yang masih berbaki, serta berdekatan dengan tumpuan penduduk akan dimajukan sebagai pusat perniagaan. Maka, kawasan tanah lapang berhampiran sekolah juga tidak terkecuali. Bahkan, beberapa buah sekolah yang asalnya tersudut, tiba-tiba bertukar bagaikan bangunan lama yang dikelilingi rimba konkrit.
Tidak kurang cakap-cakap bahawa ada pemaju hartanah yang sanggup menggantikan sekolah atau institut pengajian tinggi yang lebih canggih di kawasan lain asalkan diberi kebenaran untuk mengambil alih kawasan sekolah yang asal. Universiti Malaya pernah diura-urakan berpindah ke kawasan yang jauh lebih luas (lebih 1,000 hektar), berbanding dengan kampus semasa di Lembah Pantai yang hanya berkeluasan 300 hektar. Namun, Universiti Malaya masih bertuah justeru kekuatan alumninya yang turut dianggotai kepimpinan tertinggi negara, walaupun harus mengorbankan sebahagian tanah dalam kampus untuk laluan lebuh raya Sprint sebagai sebahagian langkah penyuraian kesesakan lalu lintas di ibu kota.
Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh (SKSA) juga harus menelan hakikat yang serupa. Dahulu, ketika Cikgu Abdul Rahim Abdullah Azizi memulakan pengurusan prasarana SKSA sebagai caretaker, penulis blog (PB) ialah antara pengunjung terawal yang menandatangani buku pelawatnya. Ketika itu, SKSA lebih banyak dikelilingi belukar kecil dan koloni lalang yang sengaja dibiarkan untuk memantapkan permukaan tanah bekas tinggalan lombong bijih timah itu.

Pembinaan sesebuah institusi pendidikan walaupun berskala kecil akan mencetuskan kesan rantaian terhadap kegiatan ekonomi yang lain. Secara perlahan-lahan wujud keperluan menyediakan jalan yang lebih lebar dan pembelian rumah berhampiran sekolah. Apatah lagi SKSA berjiran dengan Politeknik Ungku Omar dan terdapat jalan pintas untuk penunggang motosikal.
Perlahan-lahan peluang perniagaan makin terbuka luas. Kini, kawasan kejiranan SKSA berkedudukan strategik justeru boleh dilihat jelas daripada jalan utama, iaitu Jalan Raja Musa Mahadi. Khabarnya sebuah pasar raya gergasi (hypermarket) bakal dibina berhadapan dengan SKSA.
Kerancakan aktiviti ekonomi di kawasan kejiranan SKSA tentulah ada hujah menyokong dan hujah membantah. Kepada ibu bapa murid, perkara yang paling penting ialah keselamatan anak-anak mereka. Pihak berkuasa tempatan dan perancang bandar tentulah telah mengambil kira isu-isu kritikal seperti itu...

No comments: