SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, October 16, 2010

LONJAKAN PENCAPAIAN AKADEMIK DI NEGERI PERAK (PERAK JOIN THE TOP 10)

Kewujudan sekolah-sekolah elit dan ternama negara seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR) belum cukup untuk meletakkan negeri Perak di puncak carta pencapaian peperiksaan awam setakat ini. Kehebatan Perak dalam bidang kokurikulum, terutamanya sukan juga sedang disaingi sengit oleh negeri-negeri lain, contohnya Terengganu. Sesuatu perlu dilakukan dengan segera supaya orang-orang Perak tidak perlu berperisaikan seribu alasan setiap kali keputusan peperiksaan awam diumumkan.

Walaupun sistem pendidikan negara akan mengalami transformasi ke arah pengurusan berasaskan sekolah (school-based management), termasuk aspek pentaksiran, gred dalam sijil peperiksaan secara berpusat masih dipandang tinggi oleh bakal majikan dan masyarakat. Sementara menantikan semua pihak terbiasa dengan sistem yang baharu itu, pencapaian dalam peperiksaan awam tetap diterima sebagai ukuran yang sah dan dipercayai. Perlu diakui bahawa item peperiksaan berpusat telah melepasi pelbagai tahap keakuran sebelum ditadbirkan dalam peperiksaan sebenar.
Pengarah Jabatan Pelajaran Perak, Encik Mohd Rauhi bin Mohd Isa yang memiliki pengalaman yang panjang di sekolah, amat menyedari hakikat demikian. Beliau dengan segera mengisytiharkan "darurat", iaitu mengambil segala langkah yang berbeza dengan rutin, bagi mencipta imej negeri Perak yang baharu. Tiada lagi istilah bekerja biasa-biasa atau berlengah-lengah (business is not as usual).


Isyarat pengarah itu menunjukkan bakal berlakunya perubahan pendekatan yang mungkin membabitkan fasa dan struktur yang berbeza-beza. Berakhirnya pergantungan kepada status quo bererti penyusunan semula organisasi yang berkaitan dengan pendidikan di negeri Perak bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan. Sepertimana teori analisis daya lapangan (force field analysis) Kurt Lewin, sesuatu perubahan mungkin sekali mengakibatkan kumpulan yang berada dalam zon selesa akan mengalami pelbagai bentuk kehilangan.


Antara prinsip asas perkhidmatan awam ialah tiada sesiapa jua pun yang boleh menganggap dirinya penting. Maksudnya, apabila bertembung antara kepentingan peribadi (misalnya keselesaan) dengan kepentingan awam (tugas berbeza, digerakkan), maka penjawat awam  mesti mendahulukan kepentingan awam. Oleh itu, jika superior dalam organisasi mendapati perlu pasukan properubahan yang baharu, subordinat harus rela menjadi bidak-bidak catur yang membantu organisasi ke arah kejayaan yang disasarkan...

No comments: