SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, October 1, 2010

GERTAK BESI TINGGALAN JERMAN (BRIDGING HOME TO SCHOOL)

Dua tiga dekad yang lalu, kebanyakan murid menggunakan perkhidmatan bas sekolah, atau menunggang basikal untuk ke sekolah. Pada masa itu, perniagaan di kedai basikal menjadi tumpuan. Pelanggan, kebanyakannya budak sekolah, perlu bersabar menunggu giliran.

Sebahagian budak SMK Seri Perak, Teluk Intan datang dari Kampung Bahagia, dengan jarak lebih kurang lima kilometer. Supaya cepat tiba di sekolah sebelum pintu pagar ditutup, beberapa jalan pintas digunakan. Jika tidak, alamatlah kena berhadapan dengan Cikgu Hashim, guru disiplin berkumis tebal yang digeruni semua budak Seri Perak.
Budak Kampung Bahagia akan melewati Kebun Limau terlebih dahulu sebelum menyeberangi Sungai Perak. Demikian juga budak dari arah Sungai Kerawai, Sungai Manik dan Permatang. Ketika perkhidmatan kereta api dari Tapah Road ke pelabuhan Teluk Anson (waf) masih berfungsi, jambatan yang digunakan dikawal oleh sistem lampu isyarat.
Apabila kereta api yang lalu, sama ada mengangkut penumpang, atau mengangkut barang (batu-bata, tangki petroleum), jalan sehala berkenaan ditutup agak lama, iaitu sekitar setengah jam. Pemandu dan penumpang kenderaan bolehlah mematikan enjin dan keluar kenderaan. Walaupun demikian, penunggang basikal tidak terbabit, justeru laluan basikal (dan motosikal yang sebenarnya curi-curi masuk apabila lampu merah)  dikhaskan di bahagian tepi jambatan.
Cabaran yang dihadapi oleh penunggang basikal agak tinggi juga. Selain laluan yang sempit, terdapat kayu lantai yang reput dan ada yang tercabut. Maka, risiko kecederaan atau terjatuh ke dalam sungai yang dikatakan ada buaya itu mungkin sahaja berlaku.

Budak Seri Perak akan melencong pula ke sebelah kira rel kereta api ke arah tempat memproses bahan kumbahan yang dilepaskan oleh lori tangki penyedut atau dicurah oleh "angkatan tentera malam". Maklumlah masa itu kebanyakan rumah kediaman hanya  menggunakan teknologi tandas curah. Tapak (platform) penghubung yang sempit pula mengundang risiko terjatuh ke laluan air memproses bahan kumbahan yang "wangi" itu.

Budak Seri Perak yang mengayuh basikal juga akan melewati sebuah kedai todi yang menjadi tempat berkumpul pekerja ladang getah yang berhampiran. Penulis blog (PB) pernah cuba mengelak seekor kambing bunting dengan cara melencong ke tepi jalan. Lucunya, kambing bunting itu juga lari ke tepi jalan menyebabkan tayar basikal PB terpaksa "mendaki" perut kambing bunting itu macam bonggol jalan lagaknya!
Kini, perkhidmatan kereta api sudah tinggal sejarah. Laluan pintas dan loji pemprosesan kumbahan dahulu juga sudah ditumbuhi semak samun. Ke manalah agaknya Pak Cik Abdul Rahman yang menjaga pondok kereta api di situ.
Penyewa kuarters kereta api di situ, Rasamah, 56, memberitahu bahawa rel landasan sudah habis dicuri. Kawasan rumah sewanya juga menjadi tempat orang membuang anjing pada waktu malam. Dia yang kasihankan binatang akhirnya menjadi tuan kepada puluhan anjing, termasuk baka garang yang terpaksa ditambat...

2 comments:

eqaira said...

assalamualaikum...

mase kecik2 dlu (waktu seberang pakai jambatan kayu tu)...balik tusyen malam2, pejam mate je sambil berdoa. rsau betul kayu jambatan tu patah. ade jugak berimaginasi, kalau jatuh, mcmmane nak berenang? hahahaha

alhamdulillah, dah ade jambatan baru. cuma, sayangnya tinggalan sejarah ^__^-

kamal kamalludin said...

DULU SAYA DUDUK KAT KAURTERS TU
TAHUN 1980 - 1987

PAKCIK RAHMAN TU TAHUN BERAPA YA