SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, October 8, 2010

RUMAH TERBUKA PENGHUJUNG SYAWAL (THE EXTENDED FESTIVE SEASON)

Jumaat: 29 Syawal 1431 / 8 Oktober 2010

Hari raya pertama, iaitu 1 Syawal disambut pada hari Jumaat. Hari ini ialah hari terakhir bulan Syawal juga jatuh pada hari Jumaat. Kebetulan yang sungguh menakjubkan justeru hari Jumaat ialah penghulu segala hari (sayyidul ayyam).

Lain padang lain belalangnya. Lain lubuk lain ikannya. Lain negeri lain adat resamnya.
Di Malaysia yang kaya dengan pelbagai majlis jamuan, kenduri-kendara, dan resepsi, hari raya puasa disambut dengan amalan ziarah-menziarahi. Kesibukan warga bandar dan perubahan zaman menyebabkan konsep rumah terbuka dikhususkan untuk hari-hari tertentu, siap dengan jemputan berjadual untuk memudahkan pengurusan tetamu sang bapa, sang bonda dan sang anak.

Di Asia Barat seperti Mesir dan Qatar, keadaannya sama sekali berbeza. Hari raya ialah hari berlibur untuk seisi keluarga, dan jangka masanya tidaklah begitu lama. Mereka menjadikan pusat beli-belah dan taman tema untuk bersantai.

Walaupun Syawal 1431 sudah mahu pamit, masih ada jemputan rumah terbuka di sana sini. Nampaknya sebulan Syawal sudah tidak mencukupi bagi mengelakkan pertembungan majlis secara serentak yang terlalu banyak. Mungkin agaknya majlis rumah terbuka bakal dilanjutkan hingga sambutan hari raya korban pada 10 Zulhijjah (pertengahan November) nanti.

No comments: