SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, October 8, 2011

DATO' RAUHI MAHU PELAJAR SEMAT KECEMERLANGAN (THE POWER OF INSPIRATIONAL SLOGAN)

Ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup kejohanan sukan sekolah-sekolah premier zon Perak 2011 di SMK St. Michael, Ipoh (SMI), Pengarah Pelajaran Perak, Dato' Mohd Rauhi berharap bahawa kesungguhan yang ditunjukkan dalam bidang juga dapat dipindahkan dalam bentuk kecemerlangan kurikulum. Slogan Jabatan Pelajaran Perak yang berbunyi "Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan" bukan sekadar ungkapan muluk buat halwa telinga. Lirik lagu "Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan" ialah cetusan hasrat yang berpijak di bumi nyata.
Perak memiliki komposisi penduduk berbilang kaum yang unik. Separuh penduduk Perak bukan penutur jati bahasa Melayu. Walaupun Perak belum mencapai kedudukan terbaik lima dalam PMR dan SPM, namun di peringkatan STPM, Perak menduduki tangga pertama.

Sentiasa bererti sepanjang masa, atau selalu (Kamus Dewan edisi IV, 2005:1456). Bukan kecemerlangan bermusim, sekali-sekala atau kebetulan. Ketekalan dan konsistensi dalam menyongsong dinamika perubahan ialah jalan ke arah realisasi slogan "Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan".
Dato' Rauhi mendengar penjelasan Pengetua SMI

Puncak membawa maksud kejayaan yang tertinggi (Ibid:1248). Dato' Rauhi ada tamsilan istimewa tentang bab puncak ini. Beliau sering memberi ibarat bahawa orang yang memakai kasut yang hebat akan berlari lebih laju daripada orang yang tidak pernah ambil kisah, atau bersikap asal ada!

Kecemerlangan pula ialah keelokan, keindahan dan kegemilangan (Ibid:262). Di atas kertas, kecemerlangan seseorang pelajar diukur dari segi pencapaian akademik, khususnya bilangan gred tertinggi bagi setiap mata pelajaran dalam peperiksaan awam. Banyak kajian mendapati hubungan posiitif antara kecemerlangan kurikulum dengan kecemerlangan disiplin dan sahsiah...

No comments: