Pengenalan
Antara cara mengisi masa lapang secara santai ialah berlawan teka-teki. Generasi zaman dahulu menggabungkan kreativiti pantun dengan mesej teka-teki supaya lebih menghiburkan. Pembayang pantun masih berupa unsur alam atau kerenah manusia, manakala bahagian maksud ialah ayat teka-teki yang hendak disampaikan.
Perbincangan Rangkap Demi Rangkap
Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah Selat Melaka;
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka?
Jawapan: anak mancis / batang mancis
Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan;
Cubalah cari wahai saudara,
Makin diisi makin ringan.
Jawapan: belon
Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu;
Apa binatang darahnya hitam;
Janggut delapan tulangnya satu?
Jawapan: sotong
Ambil betik potongkan pisau,
Buah masak pokoknya rendah;
Kecil-kecil berbaju hijau,
Sudah besar berbaju merah.
Jawapan: cili
Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga si pucuk rebung;
Kalau tuan bijak bestari,
Apa dia tanduk di hidung?
Jawapan: badak / gajah
Gaya Bahasa
Pembayang Pantun: Dua rangkap pertama ialah unsur alam, manakala baki tiga rangkap lagi ialah kerenah manusia.
Persamaan Rima: Lebih mementingkan rima akhir. Rima awal dan rima tengah kelihatan bebas, iaitu tidak terikat.
Perulangan: Rangkap 3 - rima akhir Cik Hitam dengan hitam
Rangkap 5 - rima awal Kalau tuan dengan Kalau tuan
1 comment:
Tahniah pd cikgu. Saya ada banyak bahan
KOMSAS dr Tg 1 hingga Tg 4, Saya juga mengajar
Komsas. Saya nak kongsi informasi ttg komsas. Saya tak tahu nak buat blog. Boleh cikgu tolong ajar saya.
Post a Comment