SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, October 4, 2011

KOS PENGELUARAN JANGKA PANJANG (ENVELOPE, PLANNING CURVE)

Pendahuluan

Kepada pelajar ekonomi, khususnya peringkat prauniversiti tingkatan 6 harus memberi perhatian terhadap keperluan tugasan sama ada menghendaki angka dan gambar rajah, atau sekadar penjelasan konsep. Andai tugasan tidak menyebut secara khusus "dengan bantuan gambar rajah..." , "dengan bantuan contoh berangka", dan seumpamanya, maka tumpuan hanya diberikan kepada penjelasan konsep dan teori. Secara analogi, pelajar hanya diminta menceritakan perihal sebuah rumah idaman tanpa rumah itu ada di hadapan mata, atau tanpa sebarang lakaran reka bentuk rumah yang dimaksudkan.

Perbincangan ini akan berkisar terhadap pembentukan keluk kos purata jangka panjang (long run average cost, LAC). Dalam jangka panjang, tiada lagi kos tetap, melainkan semua sekali hanya kos berubah disebabkan faktor tetap dalam jangka pendek berubah kepada faktor berubah dalam jangka panjang. Sebagai pengeluar rasional yang hendak meminimumkan kos, firma boleh merancang saiz loji yang diwakili oleh keluk-keluk kos purata jangka pendek (short run average cost, SAC).

Pembentukan keluk LAC

Dalam jangka pendek, titik kecekapan pengeluaran ialah pada minimum SACo, iaitu pada Qo.. Apabila berlaku peningkatan keluaran akibat kuantitii diminta meningkat, tingkat keluaran beralih ke sebelah kanan, iaitu pada Q1, dan pada bahagian keluk SACo sedang menaik. Dalam jangka panjang, firma akan membina loji baharu SAC1. Namun, tingkat keluaran Q1 berada pada bahagian kewluk SAC1 sedang menurun. Keluaran bergerak lagi ke Q2, iaitu titik minimum SAC1. Kedaan juga tidak akan kekal lama apabila kuantiti keluaran meningkat lagi ke Q3 dan seterusnya.

Bahagian titik minimum setiap SAC ialah keluaran optimum, atau titik kecekapan pengeluaran. Dalam jangka panjang, hanya ada satu titik minimum pada LAC, iaitu loji optimum. Pada tingkat keluaran berkenaan, minimum SAC = minimum LAC, serta akan dipotong oleh SMC dan SAC pada titik yang sama.

Maka, pembentukan keluk LAC ialah proses memilih loji optimum. Keluk LAC ialah sambungan lokus (titik sentuh, tangen) semua SAC pada pelbagai tingkat keluaran. Semua lokus keluaran tidak disambung pada titik minimum SAC, kecuali untuk loji optimum.

Barang dingat bahawa sebelum loji optimum, semua SAC akan menyentuh LAC pada ketika SAC sedang menurun. Sebaliknya, selepas loji optimum, semua SAC di sebelah kanannya akan menyentuh LAC ketika SAC sedang naik. Sebagai pengeluar rasional, dalam jangka panjang, firma mesti memili loji optimum.

Maka, proses memilih loji optimum menerusi LAC disebut sebagai perancangan. Keluk LAC juga disebut sebagai keluk perancangan, keluk kandung dan keluk sampul (envelop).

bersambung...

No comments: