SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, October 13, 2011

NAIK TARAF KEMUDAHAN DI SEKOLAH (TEACHERS WELFARE FOR THE BENEFIT OF THE STUDENTS)

Selain emolumen, persekitaran kerja yang selesa merupakan faedah sampingan atau nilai tambah yang boleh menjana kemajuan sesebuah organisasi. Dalam konteks sekolah, urusan paling utama ialah proses pembelajaran. Segala sumber yang diperuntukkan di sekolah menjurus kepada pelaksanaan pembelajaran.

Pelajar ialah punca kewujudan sesebuah sekolah. Tanpa pelajar, sekolah hanyalah sejumlah bangunan dan kawasan yang tidak membawa sebarang makna. Malah, penentuan peruntukan kewangan dan pembiayaan projek fizikal di sekolah tertakluk kepada saiz enrolmen pelajar.

Ironinya, terdapat sekolah yang serba lengkap dari segi kemudahan fizikal, tetapi masuk dalam kategori sekolah kurang murid (SKM). Sebaliknya, ada pula sekolah yang kelihatan daif dan usang, tetapi menjadi rebutan ibu bapa untuk mendaftar anak masing-masing. Dalam kajian keberkesanan sekolah, didapati bahawa pencapaian sesebuah sekolah lebih banyak dipengaruhi oleh faktor kepimpinan berbanding dengan pemboleh ubah yang lain.

Namun, selama manakah sesebuah sekolah boleh bertahan dengan keadaan serba kekurangan untuk terus bertahan sebagai sekolah berkesan? Benarkan hasrat untuk muncul sebagai model pendidikan bertaraf dunia perlu mengambil kira kemudahan fizikal sekolah yang lengkap? Bagaimanakah dikotomi yang berlaku di SKM boleh menjadi generalisasi kepada dasar pembangunan fizikal sekolah?

Dari segi ruang dan saiz tanah yang dimiliki oleh sekolah-sekolah di negara kita memang luas. Terdapat kawasan padang permainan dan tempat letak kenderaan yang mencukupi. Selain itu, kebanyakan sekolah sudah dilengkapi dengan kemudahan dewan serba guna dan surau.

Paradoks yang masih menjadi bualan ialah tentang kemudahan bilik guru yang disifatkan sebagai masih ketinggalan jika dibandingkan dengan kelayakan sebagai sebuah pejabat kumpulan pakar dan ikhtisas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Pembantu tadbir yang ditempatkan di pejabat pentadbiran menikmati kemudahan yang jauh lebih baik. Sebagai contoh, setiap orang pembantu tadbir dibekalkan kerusi meja eksekutif, komputer dan mesin pencetak berasingan.

Guru pula harus berkongsi beberapa unit komputer dan mesin cetak, di samping menggunakan wang poket sendiri untuk alat tulis. Tidak timbul soal iri atau tidak puas hati. Sebaliknya, sudah tiba masanya penanda aras tentang kemudahan bilik guru digubal sebagai garis panduan yang cocok.

Keselesaan bilik darjah sebagai ruang aktiviti pembelajaran juga perlu pembaharuan. Konsep somatik dari segi pergerakan fizikal yang lebih fleksibel harus mendapat perhatian. Moga-moga pendidikan generasi muda kita akan sentiasa menuju penambahbaikan yang berterusan...

No comments: