Faktor / input tertakluk kepada masalah kekurangan. Jumlah faktor yang terhad menyebabkan firma perlu membuat pilihan. Seterusnya, terdapat kos lepas.
Kos eksplisit
Eks = luar, kos eksplisit membabitkan penggunaan faktor bukan milik firma (luar).
maka, bayaran dibuat kepada faktor (buruh, tanah, modal) secara nyata = kos nampak
= perbelanjaan nampak / langsung / sebenar
Kos implisit
Im / In = dalam, kos implisit bermakna menggunakan faktor milik firma (dalam).
maka, bayaran tidak dibuat (secara langsung). Sedangkan jika faktor itu dijual atau disewakan kepada firma lain akan mendatangkan bayaran (hasil). Maka, bayaran tidak nampak itu dihitung berdasarkan prinsip kos lepas / nilai alternatif = kos tak nampak.
(Untung normal / balik modal juga dianggap kos implisit, supaya firma boleh meneruskan operasi; atau sebagai ganjaran kepada usahawan sebagai pemilik faktor)
Analisis Kos: Pendekatan Jumlah
Dalam jangka pendek, jumlah kos (total cost, TC) diperoleh dengan mencampurkan jumlah kos tetap (total fix cost, TFC) dengan jumlah kos berubah (total variable cost, TVC). Secara grafikal, keluk TFC akan berbentuk garis mendatar selari dengan paksi kuantiti keluaran. Keluk TVC akan bermula dari 0, manakala keluk TC bermula dari TFC pada paksi kos / harga.
Cara mudah bagi membuat campuran menegak secara geometrik ialah dengan meletakkan jarak TFC pada setiap titik TVC yang dipilih bagi memperoleh TC. Tiga atau empat titik di atas TVC sudah memadai. TC seharusnya mirip dengan bentuk TVC kalaupun tidak benar-benar sama.
(pelajar harus mencuba data hipotetikal untuk melukis keluk-keluk TFC, TVC, TC pada kertas graf)
Analisis Kos: Pendekatan Purata dan Sut
Purata merujuk kepada sesuatu pemboleh ubah dibandingkan dengan pemboleh ubah yang lain:
Kos tetap purata = jumlah kos tetap / kuantiti keluaran; AFC = TFC / Q
Kos berubah purata = jumlah kos berubah / kuantiti keluaran; AVC = TVC / Q
Kos purata = jumlah kos / kuantiti keluaran; AC = TC / Q
Sut merujuk kepada tambahan satu pemboleh ubah akibat tambahan pemboleh ubah yang lain.
Kos Sut = Perubahan Jumlah Kos / Perubahan Kuantiti Keluaran; MC = ∆TC / ∆Q
Hubungan Antara Keluk AC, AVC, MC
Keluk AC berbentuk separuh U atau kuali. Bahagian menurun menunjukkan kos per unit makin jatuh, manakala bahagian menaik menunjukkan kos per unit makin meningkat. Titik minimum AC ialah titik kecekapan pengeluaran.
Keluk AVC sentiasa berada di bawah AC, tetapi makin meningkat kuantiti keluaran, keluk AVC akan makin hampir dengan AC, tetapi tidak akan menyentuh, apatah lagi memotong AC. Keadaan itu berlaku kerana pengaruh AFC makin mengecil apabila kuantiti keluaran makin meningkat / nisbah TFC / Q makin kecil apabila nilai Q makin meningkat.
Bagi membina keluk MC, titik minimum AC dan titik minimum AVC ditanda terlebih dahulu. Kedua-dua titik minimum itu disambung, lalu membentuk keluk MC. Perhatikan bahawa pada mulanya MC berada di sebelah bawah AVC dan AC hinggalah apabila MC memotong minimum AVC dan AC, maka MC akan berada di sebelah atas kedua-dua keluk.
Apakah hubungan bentuk separuh "U" keluk SAC dengan Hukum Pulangan Berkurangan?
(SAC = kos purata jangka pendek, short run average cost)
Keluk AC boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
i) bahagian sebelah kiri minimum AC: keluk AC sedang turun
ii) bahagian sebelah kanan minimum AC: keluk AC sedang naik
Bahagian i) menunjukkan bahawa keluk AC berada di sebelah atas keluk MC, atau AC > MC. Keluaran sut faktor berubah (misalnya buruh) masih bernilai positif (sehingga TP maksimum). Dalam kata lain, tambahan faktor berubah meningkatkan kuantiti keluaran.
Pada ketika TP maksimum dan MP = 0, keluk MC bersilang / memotong titik minimum AC. Dalam kata lain, AC = MC. Titik berkenaan juga dinamakan titik keluaran optimum, atau titik kecekapan pengeluaran.
Bahagian ii) pula menunjukkan keluk MC sentiasa berada di atas / di kiri keluk AC, atau MC > AC. Tambahan faktor berubah kini menurunkan TP. Maka, MP bernilai negatif.
Nota: Perbincangan tentang kos pengeluaran jangka panjang akan dibuat dalam "posting" berasingan.
No comments:
Post a Comment