SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, October 7, 2011

IMPLIKASI BELANJAWAN 2012 KEPADA KAUM GURU (THE NEW SALARY MATRIX FOR GOVERNMENT SERVANT)

Pendahuluan

Pembentangan belanjawan 2011 dalam sesi parlimen petang tadi membawa beberapa penambahbaikan dalam sistem saraan kakitangan awam, termasuk untuk kira-kira 400,000 orang guru. Menerusi fokus keempat di bawah tema MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM, Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.

Pengenalan SBPA dan Matrik Gaji Sebaris

SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;

Ketiga: Laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah juga dijangka akan lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, antara 7 hingga 13 peratus.

Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

Lanjutan Umur Persaraan

Dunia yang semakin maju menyaksikan keterdepanan dalam teknologi dan sains perubatan. Hari ini, Malaysia ialah sebuah negara yang secara relatifnya muda namun suka tidak suka, pada suatu masa nanti negara akan turut menghadapi fenomena biasa yang berlaku kepada mana-mana negara sedang meningkat maju dan maju. Antara elemennya, kadar kelahiran berkurang, keluarga memilih untuk mempunyai bilangan anak yang lebih kecil dan kadar penuaan meningkat. Lalu, tidak ekonomikal sifatnya dalam keadaan begini jika umur persaraan tidak dilanjutkan, sedangkan harus barang diingat bahawa kerajaan akan menanggung kos gratuiti dan pembayaran pencen.

Kerajaan juga bersetuju bahawa penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Maka, umur persaraan wajib dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. Kerajaan memberi jaminan bahawa pelanjutan berkenaan tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru.

Peluang Menyambung Pengajian

Usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu tidak berpenghujung malah pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat. Untuk menjadi pelaksana yang berkesan kepada dasar-dasar kerajaan, penjawat awam mesti sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan, mempunyai pemikiran dinamik dan analitis.Bagi maksud ini, Belanjawan 2012 bakal memperuntukkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.

Pada tahun 2012, kerajaan dengan kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluang peringkat ijazah sarjana dan 500 lagi peringkat kedoktoran falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuklah para guru dengan peruntukan sebanyak 120 juta ringgit. Sebanyak 20,000 tempat pula bakal dibuka kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda. Sejumlah 80 juta ringgit diperuntukkan bagi tahun pertama. Dengan pendekatan ini, secara keseluruhan perjalanan kerjaya penjawat awam, termasuk guru akan bertambah baik dengan peluang kenaikan pangkat yang lebih cerah.

Kesimpulan

Jika guru bersetuju menurunkan tanda tangan menerima dengan SBPA, mulai 2012, mereka bakal menikmati:

1   kenaikan gaji tahunan, dianggarkan sekitar RM150 - M200;

2   faedah kenaikan gaji pokok kira-kira 10 peratus daripada jumlah gaji semasa;

3   Usia persaraan wajib hingga tarikh ulang tahun kelahiran ke-60; dan

4   bantuan yuran pengajian ijazah tinggi di IPTA tempatan menerusi program separuh masa.

Selain bonus setengah bulan gaji yang akan dibayar bersekali dengan gaji Disember ini, mulai tahun depan tugas guru tingkatan "mengejar" murid membayar yuran SUWA akan tinggal sejarah. Hanya "derma" PIBG dan Muet tidak disebut. Perinciannya mungkin menerusi siaran JPA dan Kementerian Pelajaran..

No comments: