SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, October 6, 2011

PENGURUSAN ACARA RASMI MEMBABITKAN PROTOKOL (PLANNING AND MANAGING SCHOOL FUNCTION)

Antara majlis rasmi wajib dalam takwim rasmi sekolah ialah majlis anugerah kecemerlangan kurikulum (hari ucapan dan penyampaian hadiah), majlis anugerah kecemerlangan kokurikulum, mesyuarat agung PIBG dan temasya sukan tahunan. Acara majlis boleh dilakukan secara dalaman sepenuhnya, atau melibatkan tetamu luar sekolah. Selain itu, sesebuah sekolah akan menerima giliran bagi menganjurkan acara rasmi atau pertandingan peringkat zon PKG, daerah, negeri dan kebangsaan.

Memang sudah ada manual pengurusan acara rasmi yang disediakan oleh pihak berkuasa pendidikan. Pihak sekolah boleh mengakses manual berkenaan secara dalam talian, atau pun memperoleh salinan bercetak, atau dengan menghantar guru-guru tertentu menghadiri kursus yang berkaitan di bawah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagai organisasi yang terikat kepada peraturan tetap kerajaan dan segala pekeliling yang berkuat kuasa, pihak sekolah bertanggungjawab memastikan bahawa pengisian acara majlis akan sentiasa akur terhadap keperluan pendidikan.

bersambung...

No comments: