SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, October 12, 2011

PETUA MERANCANG JAWAPAN MIKROEKONOMI STPM (PERSISTENCE IN ORGANIZING IDEAS)

Ipoh, Rabu: 12.10.11 / 14 Zulkaedah 1432

Sejumlah 60 orang pelajar prauniversiti SMK St. Michael, Ipoh (SMI) cukup bertuah justeru berpeluang menghadiri sesi bengkel Mikroekonomi yang dikendalikan oleh seorang guru ekonomi yang berpengalaman luas, iaitu Tuan Haji Mohamed Shafie bin Abd. Karim. Beliau kini ialah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak, iaitu pegawai pendidikan kedua tertinggi di sana. Haji Shafie sempat meluangkan masa hampir sejam setengah usai menghadiri taklimat khas di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dari awal pagi.
Sebagai kaunselor yang berkelulusan sarjana, Haji Shafie dapat mewujudkan suasana interaksi dua hala yang memungkinkan penyampaian mesej yang lebih jelas dan bersahaja. Dalam pertemuan singkat petang tadi, beliau dapat memberi beberapa jalan keluar kepada kemusykilan yang dibangkitkan oleh pelajar. Pelajar SMI juga tidak kekok menunjukkan kerjasama. 
Antara tugasan yang dibincangkan ialah tentang cara mentakrif kos, dan cara menjelaskan hubungan antara keluk kos purata dan kos sut. Kos purata ialah kos per unit keluaran (1 markah), manakala kos sut ialah tambahan perubahan jumlah kos akibat tambahan seunit keluaran (2 markah). Hubungan antara keluk kos tidak perlu gambar rajah jika tiada arahan berbuat demikian.
Jawapan tidak perlu ditulis panjang lebar. Misalnya hubungan keluk kos purata (AC) dengan kos sut (MC) dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu semasa AC menurun, semasa AC = MC (MC memotong titik minimum AC) dan ketika AC naik. Fakta yang perlu ditulis ialah keluk mana yang berada di atas, di bawah atau berkedudukan sama (memotong).


bersambung...

No comments: