SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, September 13, 2012

MAKLUM BALAS PBS: KEKALKAN PERUBAHAN ATAU BALIK KEPADA CARA LAMA? (PLANNING FOR THE BEST EDUCATIONAL PRACTICE)

Seorang ahli farmasi mengatakan bahawa anaknya yang berada dalam tingkatan satu sepertinya tertekan dek kesibukan menyiapkan pelbagai folio yang diminta oleh guru. Sementara itu, murid tingkatan satu sudah biasa mengeluh, "folio lagi..!" Guru-guru pula sibuk mengusung kotak folio dan memasukkan maklumat penilaian folio secara atas talian.

Hari ini (15/9/12) ialah hari terakhir memasukkan markah folio pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) ke dalam sistem data Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) secara atas talian. Calon-calon persendirian perlu menghantar folio mereka untuk dinilai oleh pemeriksa dalam kalangan guru terlatih yang sedang berkhidmat di sekolah bantuan penuh kerajaan. Guru sekolah swasta hanya boleh membimbing murid menyediakan folio  PBS, tetapi tidak diperuntukkan kuasa untuk memberi markah penilaian

PBS ialah pembaharuan yang sangat diinginkan oleh pengkritik sistem orientasi peperiksaan, khususnya secara berpusat. Pendekatan kecerdasan pelbagai yang diilhamkan oleh Howard Gardener tentunya tidak serasi dengan sistem orientasi peperiksaan. Tambahan pula, PBS dikatakan lebih mirip dengan pelaksanaan konsep pengukuran formatif dan sumatif.

Seperti yang banyak kali ditegaskan bahawa perubahan akan mengakibatkan banyak sekali kehilangan. Misalnya, PBS akan mengakibatkan kehilangan kedudukan hierarki sistem orientasi peperiksaan. Hanya mata pelajaran teras yang akan mengekalkan komponen kertas peperiksaan secara berpusat, tetapi wajaran markahnya semakin mengecil.

Modul ulang kaji dan pembelajaran ala peperiksaan juga akan mengalami kehilangan pengaruh. Buku-buku ulang kaji komersial di pasaran juga hanya layak dihantar ke kilang kitar semula. Pendek kata, kumpulan status quo tegar akan terjejas dengan teruk, serta semakin tidak relevan dengan era generasi Y dan pembelajaran elektronik bestari maya.

Luahan rasa kurang puas hati dan rungutan di sana sini mungkin melegakan hati golongan status quo buat seketika. Mereka masih berharap dapat kembali bersatu dengan kenangan silam era orientasi peperiksaan dan kawalan bilik darjah cara lama. Sayang sekali bahawa kepesatan perubahan persekitaran pendidikan terlalu kuat untuk dilawan.

PBS ialah permulaan era pendidikan masa hadapan. Sifat sesuatu permulaan ialah keperluan penambahbaikan dan proses ubah suai yang berterusan. Justeru, segala maklum balas tentang pelaksanaan PBS ialah bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem PBS, bukan berpatah balik kepada kenangan lalu...

4 comments:

Anonymous said...

Betul tu cikgu.......PBS hanya menyesakkan hidup pelajar form1........

Unknown said...

Mkn dgn tgn kanan jgn lupa bc bismilah

Anonymous said...

Cikgu subjek terlalu banyak mengadap komputer...masa terbuang. Cukup-cukupla komputerkan cikgu. Cikgupun manusia juga. Makmal komputer dan cikgu komputer bilik APD semua dah ada..Biar cikgu guna nilai kemanusiaan berkomunikasi dengan murid utk membina manusia bukan robot.

cikgu azhar said...

Salam,

Benar cikgu, masalah teknikaliti masih belum selesai. Udah-udah ler tuh ... Kita tunggu sama ada pelantikan pembantu guru menjadi kenyataan atau tidak. Tumpuan guru mesti kembali kepada reka bentuk aktiviti PdP terbaik, di samping memanfaatkan kemudahan TMK.

Wallahu a'lam ...