Dengan pengenalan sistem modular yang bakal diperkenalkan pada tahun 2011, sistem peperiksaan berpusat STPM dijangka mewakili antara 60 - 70 peratus markah sahaja dalam kiraan gred. Selebihnya ditaksir secara berterusan di peringkat sekolah menerusi kuiz, penyelidikan dan tugasan. Maka, semua pelajar berpeluang mendapat markah maksimum dalam bentuk bimbingan dan pertolongan yang berterusan oleh para pensyarah mereka sendiri.
Sistem semester pula akan membolehkan pelajar menyelesaikan setiap kursus dalam tempoh tidak melebihi 14 minggu sepertimana di universiti. Tempoh kursus yang lebih singkat bererti pelajar lebih fokus dalam pembelajaran. Mereka tidak lagi perlu belajar selama satu tahun setengah sebelum menduduki semua kertas peperiksaan STPM secara sekali gus.
Kursus yang ditawarkan pula setaraf dengan pengajian tahun pertama kebanyakan universiti bertaraf dunia. Jadi, pelajar yang lulus dengan gred tertentu boleh diberikan status pemindahan jam kredit di universiti. Dalam kata lain, tempoh pengajian bagi ijazah pertama (sarjana muda) dapat dipendekkan.
Keadaan dan status pengajian tingkatan 6 dipulihkan sebagaimana asal. Lulusan STPM menduduki senarai teratas penawaran tempat di universiti awam, diikuti oleh lulusan matrikulasi. Lepasan sijil dan diploma politeknik atau kolej universiti hanya berpeluang ke universiiti awam hanya jika terdapat baki tempat yang tidak dapat diisi oleh lepasan STPM dan matrikulasi.
Reka bentuk kurikulum dan kokurikulum pengajian tingkatan 6 juga menyediakan pelajar ke arah kepimpinan, perkhidmatan dan kebajikan. Ketiga-ketiga komponen penting itu melengkapkan pakej modal insan yang meliputi pengetahuan, kemahiran dan sikap. Pelajar lepasan STPM yang sedemikian dapat memenuhi hala tuju universiti berprestij tinggi yang mengeluarkan bakal pemikir, pemimpin dan penyelidik yang terbilang.
Universiti perdana dan terbaik akan dapat dibebaskan daripada imej vokasional dan hands-on yang boleh ditawarkan di institut kemahiran, politeknik dan kolej universiti biasa. Kegiatan pemerolehan dan penerokaan ilmu diletakkan pada tahap tertinggi supaya potensi kepimpinan cendekia yang digarap mampu membawa masyarakat dan negara ke arah pencapaian negara yang makmur dengan limpahan pengampunan Tuhan (baldatun tayyibatun warabbun ghafur). Golongan bijak pandai ini menjadi benteng daripada serbuan pesona hedonisme, pendewaan teknologi dan minda materialis yang mengukur setiap kejayaan berdasarkan pemilikan wang ringgit, harta benda dan ekuiti.
11 comments:
slm,nk tny..sistem modular,,ada carry mark ke??mcm sem 1 punya markah bawak ke sem 2??maaf,sy tak bbrapa jelas..
salam
setiap semester berasingan. gred sesuatu kertas tidak dibawa ke semester lain.
sistem modular belum ada khabar berita, jadi @ tidak. dalam belanjawan 2012, tidak pula disentuh. maka, semua masih penasaran...
assalamualaikum. saya pra-u dibainun ,ipoh . saya amik jurusan ict . nak tanya nanti lepas stpm . untuk ke U , apa course yang sesuai untuk kami yang amik ict nih . dan lulusan stpm boleh ke sambung degree di oversea ???? berape grade pointer yg kena dpt ? n mcm mana nak apply intec ? saya dah rujuk pada cikgu sekolah tapi semua tak endah .
Salam
kenapa tak tanya en. md zahir, pk.
dia lulusan sarjana ict dari ukm
uum ada kursus teknologi maklumat, um dan ukm juga ada, usm, uiam, utm, uitm dan banyak uni. komprehensif yang lain. dalam keadaan sekarang 3.0 ke atas.
tentang luar negara kena capai maksimum pngk 4.0 untuk tajaan biasiswa.
Assalamualaikum cikgu, saya baru dpt result stpm dan dpt cukup2 makan je, saya nk apply japanese linguistic sbb saya minat sgt2, peluang utk saya dpt tu macam mana ye? P.a saya dapat 2.5 sejarah pun 2.5 , eko dgn p.p saya kurang..
W.salam,
cuba bahasa lain: jerman, itali, peranchis. buat persediaan rapi jika disenarai pendek untuk temu duga.
Wallahu a'lam ...
Bahasa jepun mmg persaingan banyak eh cikgu? Selain um, kos bahasa di U mana lagi ye cikgu?
upm: fakulti bahasa moden
Salam cikgu..
Ank sy dpt pngkt 2.92 dlm STPM bru ni..dpt A dlm seni dn B+ dlm sejarah yg lain C+
bole cikgu bg pndngan U mna n apa yg patut ank sy amk utk peringkat yg seterusnya..
Trima kasih
Post a Comment