SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, April 29, 2010

PASUKAN KUIZ SEJARAH JUARA ZON, PANTUN DAN DEBAT JUGA HEBAT (MICHAELIAN'S ACHIEVEMENT IN CO-ACADEMIC CHALLANGE)

Ipoh, Khamis: 29 April 2010 / 14 Jamadil Awal 1431

Pasukan kuiz Sejarah SMK St Michael, Ipoh (SMI) membuktikan bahawa SMI masih perlu dihormati dalam kalangan sekolah Zon 2 Kinta Utara yang berjumlah 10 buah semuanya: SMI, Anderson, Seri Putera, Teknik Lebuh Cator, Ave Maria, Main Convent, MGS, Sam Tet. Pasukan itu menjuarai kuiz yang diadakan secara bertulis (aneka pilihan) petang tadi. SMI bersama-sama MGS (naib juara) dan Anderson akan mewakili zon 2 ke peringkat daerah kelak.

Sementara itu, pasukan pantun SMI berjaya mengejutkan pasukan pilihan, Teknik Lebuh Cator, yang pernah menduduki tangga ketiga kebangsaan suatu ketika dahulu pada pusingan awal. Kemaraan SMI bagaimanapun disekat oleh Seri Putera dengan perbezaan mata yang tipis. Pasukan pantun yang diketuai Shahrul Niza itu boleh dibentuk sebagai pasukan yang kuat, serta dijadikan bidang tujahan untuk koakademik bahasa Melayu SMI.
Pasukan debat ala parlimen SMI sebagai pasukan pilihan selaku naib juara edisi 2009 pula membuat perhitungan dengan juara negeri 2008, MGS. Tajuk debat ialah "Ibu bapa berperanan dalam membentuk disiplin anak." Kedua-dua pasukan menampilkan hujah-hujah yang meyakinkan dan seimbang.
MGS turut memilih strategi menggunakan penyokong mereka yang hadir untuk memberi tepukan semangat, di samping meminta penyokong menjawab beberapa soalan yang pasti memihak kepada pasukan. Walaupun dari segi peraturan, cara berkenaan tidak kena, namun speaker tidak memberi teguran. Dalam konteks ini, penyokong SMI yang hadir harus dipuji justeru tidak terikut-ikut dengan gelagat penyokong lawan.
Secara berbanding, pendebat MGS yang tampil selaku pasukan kerajaan dilihat lebih setara dari segi kepetahan dan hujah. SMI juga memberi saingan dan berjaya membidas hujah lawan dengan baik. Perkara yang paling penting dalam persaingan persepsi seperti ini ialah menarik perhatian majoriti juri.
Kelebihan mata juga mungkin diperoleh dari segi strategi meminta dan menerima izin laluan. Bahagian ini perlu diberi penekanan oleh pasukan SMI edisi 2011. MGS kelihatan sudah dapat meneka soalan-soalan panas yang dikemukakan oleh YB pembangkang (SMI).

Nota hujung: Pasukan ragbi SMI berjaya mengikat Anderson dengan 0-0. Keputusan ini agak unik justeru kebiasaannya dihasilkan dalam pertandingan bola sepak atau hoki. Apa yang sebenarnya berlaku di padang sana?

bersambung...

3 comments:

Mohd Dzran said...

tahniah...
ada usaha untuk membawa pasukan debat SMI utk ke pertandingan DEBAT UIAM pada tahun hadapan?

pertandingan tahun ini baru sahaja selesai pada 21 hb aril lalu..dan satu pertandingan debat yg berprestij dan melibatkan sekolah2 di seluruh malaysia..

harap SMI boleh sertai DEBAT UIAM tahun depan..dan di situ kita boleh mengukur di mana tahap kita

Anonymous said...

Insya-Allah...

Budak dah setuju tubuh pasukan

Kalau dapat contoh tajuk lebih baik.

Anonymous said...

Terima kasih Cikgu Azhar , Cikgu Sidik , Mr. Rajan , Cikgu Farez , Puan Harlina , Puan Roslinda Miss Tasya dan semua guru-guru yang telah membantu kami . tHANK YOU !!!!!!!