SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, April 8, 2010

PERTEMBUNGAN GERGASI ZON 2 KINTA UTARA (THE CLASH OF THE TITANS WITHIN KINTA SCHOOLS)

Kadang-kadang bakat yang hebat terkandas di peringkat awal justeru berada dalam kumpulan yang kuat-kuat belaka. Peluang untuk menonjol diri semakin pudar jika terdapat pasukan elit, pasukan projek, atau pasukan yang memiliki pengalaman bersaing di peringkat nasional. Begitulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh sekolah-sekolah di daerah Kinta Utara, khususnya zon 2.
SMK St Michael, Ipoh (SMI) berada dalam satu kelompok dengan Anderson, Sam Tet, Main Convent, MGS, Teknik Lebuh Cator, dan beberapa buah sekolah lain. Anderson ialah sekolah projek sukan bola sepak, hoki dan ragbi. Ave Maria, Convent dan MGS sukar ditandingi dalam pencapaian akademik, walaupun tidak membuka kelas tingkatan 6.
Pasukan yang terpilih mewakili Zon 2 pula akan menghadapi cabaran sengit di peringkat daerah. Kinta Utara mempunyai STAR, Izzudin Shah, Taayah, Teknik Brash, Gunung Rapat, RPS, Ave Maria, Tarcisian, dan ACS. Kesemua sekolah yang tersebut memiliki reputasi yang tinggi hingga ke peringkat kebangsaan.
Perkara ini dibangkitkan bukan bagi menyediakan alasan awal buat mana-mana sekolah Kinta Utara, khususnya SMI jika tidak berjaya melepasi pusingan pertama peringkat zon lagi. Namun, hakikat ini tidak dapat ditolak. Kita perlu bersikap realistik.
Sebagai contoh, pasukan choral speaking SMI yang bertanding di peringkat Zon 2 berjaya menjadi juara, dengan syarat pasukan sekolah perempuan tidak diambil kira. Setelah Convent, MGS dan lain-lain dimasukkan, SMI hanya berkedudukan nombor empat. Entah bila keadaan ini akan berterusan.

Menjelang perayaan 100 tahun penubuhan SMI 2012, sesuatu harus difikirkan. Sebagai sekolah bertaraf premier dan pernah berbangga dengan deretan bintang antarabangsa, SMI bukanlah calang-calang sekolah. Ayuh, cipta satu kejayaan sebagai hadiah perayaan 100 tahun SMI. Selamat maju jaya...

4 comments:

mohamad said...

sebenarnya SMI ketinggalan dalam byk aspek...kita gah mengatakan nsekolah kita cantik, tandas terbaik tapi belum pernah kita dengar pasukan bolasepak, ragbi hoki dan lain2 atau pasukan debat dan juga aktiviti koko yang lain berjaya di peringkat negeri atau kebangsaan...bukan sahaja di peringkat sukan malah akademik masih belum di tahap membanggakan...

sebenarnya banyak yang kena digembelengkan oleh pihak sekolah, malah sekolah seperti St.John, VI dan sekolah2 premier lain telah jauh meninggalkan SMI...satu fakta yg harus kita akui...

Anonymous said...

terima kasih sdra mohamad

secara peribadi saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara

potensi michaelian tidak digembleng secara optimum. smi jangan terlalu bergantung kepada pencapaian silam ketika bilangan sekolah elit boleh dikira dengan jari...

smi needs prime mover...

The Scientist said...

The choral speakers did a very good job. They are improving! :)

lwaikeong.com

Anonymous said...

Pasukan debat bahasa Inggeris SMI mengalahkan Main Convent, dan satu lagi pasukan juga layak untuk Helps U. Debate. Hanya tewas untuk rotary debate...