SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, May 11, 2010

ANDERSON KEKAL JUARA BAHAS, MGS PAMER KEHEBATAN (BM DEBATE: ANDERSON EDGE MGS BY VERY CLOSE MARGIN)

Ipoh, Selasa: 11 Mei 2010 / 26 Jamadil Awal 1431

Tuan rumah, SMK Anderson sekali lagi bergelar juara pertandingan bahas Bahasa  Melayu, zon 2 Kinta Utara apabila berjaya melepasi tentangan hebat pasukan SMK Perempuan Methodist (MGS), Ipoh. Usul yang dibentangkan oleh Anderson selaku kerajaan ialah "Penggunaan Internet Pemangkin Insan Berminda Positif". Penentuan pemenang ialah berdasarkan keputusan majoriti juri (5-0, 4-1, atau 3-2).
Kedua-dua buah pasukan berjaya menampilkan hujah yang matang, mencukupi dan seimbang. Walaupun menyetujui definisi usul kerajaan, MGS nyata tidak terperangkap dengan amaran "YAB Perdana Menteri" supaya pembangkang tidak memainkan isu-isu keburukan internet. MGS sebaliknya berjaya meyakinkan khalayak bahawa internet telah menceroboh hak peribadi individu, berlakunya penipuan kewangan dan pembaziran.

Anderson membidas pendirian MGS yang didakwa terlalu menonjolkan isu terpencil seperti jenayah siber dan porno. Kerajaan, kata pendebat Anderson, menerusi segala instrumen undang-undang,  tidak akan berdiam diri sahaja terhadap isu yang berbangkit. Kawalan dan pemantauan yang disediakan bakal menjadikan internet menjurus sebagai pemangkin minda positif, seterusnya memantapkan e-perkhidmatan dan e-dagang.

Kedua-dua pasukan juga dapat melakukan bidasan yang baik. Kelebihan yang memihak kepada Anderson ialah setiap bidasan berfokus terus terhadap hujah utama pembangkang. Sedikit kealpaan MGS kerana tidak menyebut dengan jelas isu yang dibidas menyebabkan mereka terjejas dari segi strategi.

Semua pembahas juga berjaya memohon dan menerima izin laluan secara maksimum. Soalan yang dikemukakan menyerlahkan kebijaksanaan mereka berfikir, selain menguji benteng pertahanan minda lawan dengan berkesan. Penerima izin laluan tidak panik dengan soalan yang berbentuk provokasi, sebaliknya berupaya menghadirkan jawapan yang munasabah.

MGS tidak pulang dengan tangan kosong. Goh Swee Leng yang berperanan selaku YB Ketua Pembangkang, telah diisytiharkan sebagai pembahas terbaik. Hadiah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMK Anderson. Turut hadir memberi sokongan ialah pengetua MGS...

No comments: