SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, May 27, 2010

CIKGU FAREEZ AKHIRI LATIHAN MENGAJAR DI SMI (ANOTHER PRACTICUM TEACHER SAYS GOODBYE)

Ipoh, Jumaat: 27 Mei 2010 / 13 Jamadil Akhir 1431
Encik Fareez dan Encik Alias di kafetaria SMI

Setelah 12 minggu kembali ke SMK St Michael, Ipoh sebagai guru pelatih Diploma Perguruan Lepas Ijazah, Encik Muhammad Fareez bin Atan, seorang bekas Michaelian, mengucapkan selamat tinggal kepada seluruh warga SMI. Begitulah cepatnya putaran masa bagaikan baru semalam berlalu. Kini, Encik Fareez akan menunggu penempatan sebagai guru sandaran terlatih yang akan diketahui tidak berapa lama sahaja lagi.

Encik Fareez tamat persekolahan di SMI sekitar tahun 2002, kemudian menyambung pengajian tinggi dalam bidang komunikasi massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beroleh sarjana muda. Minat yang mendalam dalam bidang perguruan mendorong Encik Fareez  memilih opsyen Pendidikan Moral. Di samping itu, beliau banyak mengambil kursus elektif  dalam pengajaran bahasa Melayu.
 teman fasilitator Tuan Haji Mior Idris

Sebagai bekas Michaelian, beliau juga sangat mengambil berat tentang hal kebajikan murid SMI. Antaranya membantu pasukan koakademik sekolah seperti bahas ala parlimen, serta puisi dan lagu. Encik Fareez turut hadir dalam program kecemerlangan bahasa Melayu SPM.

Bidang pembacaan, penulisan dan penyelidikan bakal menjadi fokus masa hadapan Encik Fareez. Barangkali pengajian ijazah tinggi amat bertepatan dengan kecenderungan berkenaan. Selamat maju jaya Encik Fareez...

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu

Saya Dr. Musli Nizam bin Yahya pensyarah di UTHM, Batu Pahat, Johor.

Saya adalah bekas pelajar SMI tahun 1993.
saya juga pernah tinggal di asrama di SMI dan ketika itu wardennya adalah Cikgu Mior.

Baru-baru saya telah berjumpa beberapa orang rakan asrama SMI graduate tahun 1993 bercadang untuk berjumpa dengan Cikgu Mior.

Akan tetapi dikalangan kami tidak mempunyai alamat dan no telefon untuk dihubungi, Oleh itu saya telah mencuba mencari didalam internet dah ternampak bolg Cikgu.

Saya mohon Cikgu bagaimana saya hendak menghubungi Ckgu mior memandangkan kami tidak berjumpa dengan beliau sejak kami keluar dari SMI.

Mohon bantuan dari Cikgu

JZK..

cikgu azhar said...

W.salam

Harap beri alamat e-mel. Insya-Allah, Rabu nanti (16/10) saya dapatkan nombor Hj. Mior.

Sekarang beliau masih kerap ke SMI atas kapasiti sebagai ahli lembaga pengelola sekolah (wakil menteri pendidikan).

Unknown said...

terima kasih banyak2 Cikgu..

email saya drmuslinizam@gmail.com.