SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, May 6, 2010

DEBAT BAHASA INGGERIS SMI CIPTA SEJARAH (BREAKING NEWS: MICHAELIAN'S DEBATE TEAM REALLY GREAT!)

Kuala Lumpur, Khamis: 6 Mei 2010 / 21 Jamadil awal 1431

"We have the dream
 Head in sky feet on grass
 Bravo Michaelian debate team
 You make SMI always first class"

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH! Kalian memang layak bergelar wira SMK St Michael, Ipoh (SMI) bagi tahun 2010. Kejayaan kalian bakal tercatat dalam tinta emas kejayaan SMI yang  kian menghampiri 100 tahun penubuhannya.

Bertahun-tahun lamanya SMI mengidamkan gelaran juara debat Bahasa Inggeris Helps University. Setiap kali SMI telah berusaha melakukan persiapan dan persembahan yang terbaik. Akhirnya, SMI menggapai impian melangkah di puncak persada.

Sesebuah pasukan yang hebat diurus oleh individu yang hebat. Pasukan debat SMI terhutang budi kepada Cikgu Thedarajan yang selama ini bertungkus-lumus membentuk sebuah pasukan yang mantap, di samping tidak putus-putus meyakinkan pasukan bahawa pintu kejayaan sentiasa terbuka buat SMI seandainya mereka mempunyai kemahuan yang kuat. Cabaran getir, dugaan besar dan pengorbanan yang tulus telah dilepasi.

Setelah menguasai arena debat kebangsaan, SMI boleh cuba-cuba mengintai peluang menonjolkan diri di peringkat antarabangsa. Pengalaman bersaing pada tahap tertinggi ini memungkinkan SMI muncul sebagai jenama pendidikan yang dihormati di seantero dunia. SMI bakal memperbaharui keunggulannya menjelang perayaan 100 tahun pada 2012!

Berita Ringkas:

1   Pasukan puisi dan lagu SMI telah muncul sebagai naib juara zon 2 Kinta Utara, iaitu
      pencapaian terbaik setakat ini. Puisi yang dipersembahkan telah mendapat pujian. 
      Aspek yang perlu diberi sentuhan semula ialah vokal dan iringan akuistik yang harmonis.
      Kekuatan itu menjadi milik Ave Maria yang muncul sebagai juara.

2   Pertandingan akhir debat ala parlimen Bahasa Melayu Zon 2 Kinta Utara bakal 
     menemukan pasukan tuan rumah, Anderson dengan MGS. Pertandingan akan 
     dilangsungkan pada 1 Mei ini. Untuk catatan, MGS ialah pasukan yang bertemu dengan
     SMI pada pusingan awal. MGS pernah bergelar juara negeri, manakala Anderson ialah 
     juara bertahan zon. 

No comments: