SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, May 1, 2010

KEBANGKITAN PASUKAN RAGBI SMI (MICHAELIAN'S RUGBY DREAM TEAM)

Menepati status sekolah premier, SMK St Michael, Ipoh (SMI) sentiasa berada dalam kelas yang tersendiri dalam aktiviti yang menjadi bidang tujahan (niche area) yang diberi tumpuan khas. Misalnya, SMI turut disenaraikan sebagai sebuah sekolah kawalan jabatan pelajaran negeri berdasarkan pencapaian debat bahasa Inggeris dan pementasan drama tahunannya. Dalam bidang sukan, SMI agak menyerlah dengan pencapaian pasukan kriket, polo air dan ragbi, di samping pencapaian pelajar secara individu menerusi kelab-kelab persendirian di Ipoh.
SMI bukanlah sebuah sekolah projek dalam bidang sukan sebagaimana Anderson dan Gunung Rapat. Anderson menghimpunkan bakat bola sepak dan hoki dari seluruh negeri Perak, manakala Gunung Rapat terpilih dalam kumpulan 30 buah sekolah perintis kluster kecemerlangan berdasarkan pencapaian sukannya. Walaupun demikian, kehadiran SMI masih diberi perhatian.

Tahun ini pasukan ragbi SMI berjaya memasuki saingan akhir daerah untuk bertembung dengan pasukan pilihan, iaitu Gunung Rapat. Jika di Kuala Kangsar, Clifford dan Kolej Melayu sudah dilabel sebagai seteru tradisi, budak SMI selalu menganggap Anderson sedemikian. Maka, satu kepuasan dirasakan apabila mana-mana satu sekolah mengungguli saingan tidak kira bidang akademik, koakademik, kokurikulum dan sukan.

Keputusan saingan akhir menentang Gunung Rapat memang penting. Namun, kepuasan terbesar budak ragbi SMI ialah mengenepikan Anderson dalam saingan kumpulan. Sekurang-kurangnya sehingga tahun 2011, Anderson tidak berani mengangkat muka.
Dari segi kejurulatihan dan teknikal, SMI memiliki kelebihan. Cikgu Hilmi ialah pengerusi teknik ragbi negeri Perak dan merupakan bekas pemain ragbi Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) ketika zaman persekolahan beliau. Cikgu Adi juga pernah mewakili skuad Kolej Melayu Kuala Kangsar di sekolah elit berkenaan.

Sukan ragbi memerlukan kemahiran taktikal dan ketangkasan. Tanpa kedua-dua asas itu, ragbi hanya akan dianggap sebagai sukan berisiko tinggi dan lasak. Di Malaysia, bilangan peminat ragbi lebih kurang sama dengan peminat kriket, "boleh dikira dengan jari". Malah, stadium khusus untuk ragbi tidak ada.

Disebabkan bilangan sekolah yang menubuhkan skuad ragbi begitu kecil, peluang SMI untuk menonjol sentiasa ada. Sebagai sebuah sekolah dominasi budak lelaki, kecuali tingkatan 6, terdapat lebih 1,700 orang murid yang boleh diuji bagi menganggotai skuad ragbi SMI. Cikgu Hilmi dan Cikgu Adi memiliki kepakaran untuk menghidu bakat ragbi yang mungkin tersembunyi.

Bagi mencapai tahap kemahiran taktikal dan ketangkasan, seseorang pemain ragbi perlu kepada disiplin dan komitmen. Seseorang pemain ragbi perlu konsisten menjalani latihan, bersedia menerima tunjuk ajar tanpa rungutan dan tidak mudah gentar dengan status pasukan yang bakal ditemui. Pemain ragbi perlu menggunakan akal fikiran dalam mengimbangi kekuatan fizikal, justeru sukan ragbi juga ialah sains dan seni sekali gus sebagaimana amalan jagoan ragbi dunia seperti Australia dan England.

No comments: