SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, May 5, 2010

AZFA HANANI SEBAGAI MURID BAHARU (THE NEW SCHOOL FOR AZFA HANANI)

Latar tempat: Sekolah Menengah Taman Sari.

Watak baharu:
  Tengku Ellina (Nina)
      -   dua pupu arwah Tengku Murni
      -   rakan sekelas Nani
      -   pengawas sekolah
      -   wakil sekolah untuk forum remaja
      -   peramah / suka membantu

2    Laili
      -   ketua kumpulan Budak Glamur (Syafika, Fuziana)
      -   "musuh" arwah Nini
      -   bercakap lepas

3   Muhammad Ekran
      -   Pengerusi Persatuan pelajar Tingkatan Lima
     
4   Cikgu Ramzan
      -   guru Bahasa Inggeris

5    Cikgu Sani
       -   guru Fizik

6     Adriana / Adriani (Didi)
       -  rakan baik Nina (Tengku Ellina)


Peristiwa penting:

1    Kemesraan yang ditunjukkan oleh Nina menepati jaminan Abang Mazran bahawa Nani akan
      dibantu menyesuaikan diri.  Nani berterus terang bahawa Nani ialah jelmaan Nini, tetapi
      Nani memohon akan diterima seadanya di sekolah. Menerusi Nina, Nani dapat mengetahui
      kisah silam Nini.

2    Nani terketar-ketar bertutur bahasa Inggeris untuk menjawab pertanyaan Cikgu Ramzan.
      Malah, Nani dikatakan sebagai kembar Nini, namun kemampuan berbahasa Inggeris Nani
      jauh berbeza.

3    Nani serba salah untuk bersalaman dengan Ekran kerana tidak pernah berbuat demikian
      dengan lelaki asing. Ekran juga segera mengerti.

4    Jawapan lancar Nani kepada Cikgu Sani, guru Fizik menyebabkan sindiran kumpulan
      Budak Glamur. Nina segera menenangkan Nini sambil menjelaskan bahawa sebenarnya
      Laili masih sangsi tentang kematian Nini kerana kad pengenalan dan kad ATM Nini
      belum ditemui.

Tugasan:

1    Gunakan peristiwa di atas untuk menerangkan ketabahan watak utama novel Azfa Hanani.
                                                                                                                                        (7 markah)

2    Jelaskan tiga latar masyarakat yang dipaparkan dalam novel Azfa Hanani.  (8 markah)

      (masyarakat yang suka menolong: Nina; masyarakat yang suka menyindir: kumpulan Budak
       Glamur; masyarakat yang tidak fasih berbahasa Inggeris: Nani; masyarakat yang yakin diri:
       Nani; masyarakat yang berterus terang: Cikgu Ramzan, dan lain-lain)


Nota hujung:

Terdapat kesalahan tatabahasa pada halaman 49 (perenggan 1, baris 4): antara sekolah-sekolah. Mungkin dalam penulisan kreatif, pelanggaran hukum tatabahasa sengaja dilakukan bagi menimbulkan kelainan. Sebab itu ada sinkof (ejaan yang dilemahkan: dah, nak, tak), inversi (bahasa terbalik), personafikasi dan lain-lain. Namun, pelajar komsas tidak perlu mendalami hal-hal sedemikian. Biarlah pelajar kesusasteraan tulen berbuat begitu...

No comments: