SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, May 2, 2010

"SEAWAL KEHADIRAN" AZFA HANANI (KOMSAS NOVEL FORM 4, CHAPTER 4)

Mak Leha, pembantu rumah Datin Maziah, ialah satu lagi watak baru yang diperkenalkan. Mak Leha tidak dapat menahan air mata demi terpandangkan Nani yang saling tak tumpah macam arwah Nini (nama timangan Tengku Murni). Keadaan itu menjadikan Nani semakin berdebar menunggu reaksi Datin Maziah.

Watak Tengku Muzaffar turut muncul dalam bab 4 ini. Dia abang arwah Nini, penuntut undang-undang Universiti Malaya yang suka bercakap lepas. Walaupun telah dimaklumkan sebelumnya,  jiwa feminin Nani sedikit tersinggung.

Antara kejutan lain yang dihadapi Nani ialah keadaan banglo yang jauh berbeza dengan "teratak buruk" yang dihuninya di kampung, serta bilik peribadi yang begitu hebat. Nani juga perlu menutup kelemahannya bertutur bahasa Inggeris. Namun, kepetahan Nini memberikan alasan dan jawapan kepada soalan Datin Maziah sebagaimana latihan di Hotel Universe melegakan Abang Mazran dan Kak Finaz.

Dalam kenyamanan pendingin hawa bilik, fikiran Nani menerawang tentang pak long, mak long, dan sepupu yang kini hanya boleh dihubungi menerusi perantaraan Abang Mazran supaya identiti barunya dapat dilindungi. Nani juga membuat keputusan untuk menghantar lima buah buku yang "dicuri" menerusi guru kaunseling, Cikgu Zamin. Lamunan Nani terhenti apabila dimaklumkan bahawa Datin Maziah sudah menunggu di ruang tamu.

Nani berjaya melakonkan kemesraan yang biasa ditunjukkan oleh arwah Nini terhadap Datin Maziah. Malah, Nani berjaya meyakinkan Datin Maziah bahawa suara "Nini" kedengaran lain sedikit akibat perbezaan iklim Tokyo dan hakikat dirinya menginjak remaja. Akhirnya Datin Maziah menjanjikan sebuah jip baru untuk "Nini" membuatkan Nani terpegun...


Tugasan:

 a)   Watak utama sering digambarkan memiliki keistimewaan tertentu.
       Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua keistimewaan watak utama.
                                                                                                                          (7 markah)

b)   Jelaskan tiga persoalan dalam novel yang anda pelajari.                  (8 markah)


Nota Cadangan Jawapan.
(Huraian / penjelasan boleh menggunakan peristiwa daripada mana-mana bab)


a)   Keistimewaan watak utama, Azfa Hanani ialah kepetahan bercakap. Buktinya,...

      Selain itu, Azfa Hanani juga bijak membuat keputusan. Contohnya, ...

b)   Persoalan pertama dalam novel Azfa Hanani ialah kemesraan dalam keluarga. 
       Misalnya, Datin Maziah...

       Persoalan kedua ialah kebijaksanaan dalam membuat keputusan. Azfa Hanani...

       Persoalan ketiga ialah kasih sayang sesama manusia walaupun berlainan
       kedudukan. Mak Leha, seorang pembantu rumah...

       Persoalan keempat ialah perbezaan kehidupan keluarga mewah dengan keluarga 
       miskin. Nani mengalami kejutan sebaik sahaja melangkah ke ruang banglo... 
       berbanding...

       (Biasakan menulis satu isi simpanan bagi tiap-tiap jawapan)

No comments: