SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, May 3, 2010

PROGRAM CEMERLANG BAHASA MANTAPKAN KEYAKINAN MURID (MICHAELIAN'S FORM FIVE TO EXCEL IN MALAY LANGUAGE)

Ipoh, Selasa: 4 Mei 2010 / 19 Jamadil Awal 1431

Sejak sekian lama SMK St Michael, Ipoh berjaya mempertahankan peratusan lulus Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara 94 hingga 98 peratus. Usaha menuju pencapaian 100 peratus masih diteruskan. Ralat sebanyak 2 hingga 6 peratus boleh dikurangkan lagi jika sentuhan magis yang dicuba oleh panitia Bahasa Melayu SMI diberi sokongan padu.
Mulai semalam (3 Mei) satu program khas kecemerlangan bahasa SPM yang membabitkan sejumlah 24 orang pelajar tingkatan lima dilancarkan dengan rasminya oleh Guru Kanan Bahasa SMI, Tuan Haji Mohamad Sidik bin Haji Zakaria, sebagai mewakili tuan pengetua yang masih berada di luar negara. Pemudah cara program ialah Tuan Haji Meor Idris bin Meor Ahmad, mantan penolong kanan petang SMI. Guru-guru Bahasa Melayu SMI turut membantu Tuan Haji Meor Idris mengendalikan program berdasarkan kelapangan waktu mengajar.
Berpandukan pengamatan mata kasar, didapati tindak balas murid sangat memberangsangkan. Mereka boleh bertahan duduk dalam tempoh melebihi dua jam dengan tertib dalam bilik kuliah mengikuti penerangan modul "MIKO" yang menjadi hak cipta Tuan Haji Sidik, dan seterusnya menulis perenggan pendahuluan karangan berdasarkan lima tajuk pilihan. Kegembiraan dan rasa puas hati terpancar di wajah setiap peserta program yang mendapat kaedah yang begitu unik dan sistematik bagi memudahkan penulisan.
Sesi seterusnya ialah cara menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga isi utama yang sejajar dengan fokus tugasan soalan. Mula-muda idea ditabur secara sumbang saran sebelum dikelompokkan dalam payung generalisasi. Akhirnya, murid dapat mengasingkan idea tesis, huraian dan contoh bagi membentuk kesatuan sesebuah perenggan. Carta piramid akan ditunjukkan.

Bahagian penutup karangan biasanya mengandungi elemen kesimpulan umum, penegasan terhadap tugasan, dan harapan. Bagi membantu murid menghasilkan penulisan perenggan penutup yang baik, Tuan Haji Sidik telah menyediakan modul yang yang sangat berkesan, memudahkan dan senang diaplikasikan. Sesungguhnya murid yang mengikuti program ini boleh dianggap begitu bertuah...

No comments: