SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, May 9, 2010

WAJAH BAHARU 6 RENDAH SMI (WELCOME MICHAELIAN'S LOWER SIX)

Ipoh, Isnin: 10 Mei 2010 / 25 Jamadil Awal 1431

Serentak di seluruh negara, dianggarkan sejumlah 50 ribu orang pelajar mendaftar untuk pengajian prauniversiti 6 Rendah. Mereka merupakan kohort ambilan kedua yang didedahkan dengan sistem pengajian lepas menengah yang dijenamakan semula itu. Mereka juga menjadi kumpulan terakhir yang bakal menduduki peperiksaan STPM secara berpusat sepenuhnya.
Sehingga pukul 11 pagi, bilangan pelajar yang mendaftar sebagai pelajar prauniversiti 6 Rendah di SMK St Michael, Ipoh (SMI) ialah 186 orang semuanya. Bilangan ini dijangka turun naik sehingga mencapai tahap stabil menjelang September. Urusan pertukaran, rayuan dan tawaran pengajian tinggi hanya akan reda pada tarikh berkenaan.
Seperti kelaziman, minggu suai kenal selama seminggu dilaksanakan bagi menyelesaikan segala urusan bersangkutan dengan maklumat pengajian, kombinasi mata pelajaran dan agihan kelas. SMI menawarkan lima kelas untuk jurusan sains, dan tiga lagi untuk jurusan kemanusiaan.  Pengetua SMI, Encik Phoon Chong Chee telah memberi ucapan penuh bersemangat supaya pelajar baharu yang mendaftar bersedia memilih pengajian tingkatan enam sebagai laluan terbaik ke universiti terkemuka, dalam dan luar negara.
Pelajar yang ditemui masih belum menetapkan pendirian sama ada akan kekal di SMI, atau beralih angin jika mendapat tawaran lain. Mereka ingin mendapatkan gambaran awal tentang prospek lepasan STPM terlebih dahulu. Maknanya, tugas mempromosi keunikan pengajian prauniversiti tingkatan 6 di SMI terletak di tangan guru dan pelajar 6 Atas sedia ada.
Sebahagian pelajar lelaki yang baharu mendaftar terdiri daripada pelajar SMI sendiri, dan ada yang sudah berada di SMI selama 11 tahun (jika dikira pengajian sekolah rendah bersekali). Selebihnya datang daripada SMK Jalan Pasir Puteh, dan Sam Tet (kemanusiaan sahaja). Pelajar perempuan pula ialah bekas murid Main Convent dan Jalan Pasir Puteh.
Kantin SMI yang bertaraf 5 bintang (pengiktirafan Jabatan Pelajaran Negeri) kelihatan meriah dengan pelanggan baharu. Bilangan pelajar perempuan dijangka meningkat sekali ganda. Rezeki pengusaha kantin nampaknya lebih murah...

No comments: