SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, July 28, 2010

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG JADI BUALAN (DEBATE ON EXCELLENCE SERVICE AWARD CONTINUE)

Terlebih dahulu syabas dan tahniah buat penerima anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) bagi tahun 2009. Hari ini, Khamis 29 Julai 2010 bersamaan 17 Syaaban 1431 guru-guru penerima APC daerah Kinta Utara menghadiri majlis pengiktirafan berkenaan di Dewan Utama Institut Tadbiran Islam Perak (Intim), bersebelahan Politeknik Ungku Omar. Selain sijil, penerima APC akan dihadiahkan wang tunai berjumlah RM1,000 seorang.

Kepada penerima APC yang bertuah buat pertama kalinya tentulah berasa terharu kerana sumbangan mereka dalam perkhidmatan selama ini akhirnya mendapat perhatian ketua jabatan masing-masing. Sekurang-kurangnya dalam tempoh perkhidmatan sebagai penjawat awam, penganugerahan APC walaupun sekali, membawa erti bahawa penerimanya telah berjaya melepasi tahap biasa-biasa tanpa impak yang signifikan terhadap organisasi. Seterusnya penerima APC perlu membuktikan bahawa anugerah yang diterima memang wajar dengan memberikan sumbangan yang lebih berkesan tahun demi tahun.

APC yang menjadi sebahagian komponen Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah penambahbaikan kepada anugerah pergerakan gaji melintang dan menegak dalam sistem saraan baru (SSB) sebelumnya. Penilai utama di sekolah ialah Penolong Kanan (Pentadbiran) yang akan memberikan markah kepada guru. Pengetua sebagai penilai kedua kebiasaannya hanya boleh menokok dan mengurangi penilaian penolong kanan sebanyak 5 markah.

SSB telah dikritik dengan teruk hingga pernah diungkapkan sebagai "saya sayang bos" dalam kalangan mereka yang tidak berpuas hati. Semasa penulis blog (PB) bertugas di SM Teknik Persiaran Brash, hampir semua guru hanya mendapat penilaian mendatar titik walaupun pencapaian peperiksaan awam SPM telah menepati sasaran yang dikehendaki. Sebaliknya sebuah sekolah teknik lagi mencatatkan 27 orang penerima anugerah pergerakan gaji melintang, manakala 14 orang lagi pergerakan gaji menegak walaupun pencapaian pelajar di sana tidak diketahui status kecemerlangannya. 

Kontroversi yang tercetus telah menyebabkan kaedah pergerakan gaji sedemikian ditukar kepada kuota 5%. Namun, penambahbaikan yang dilakukan masih mendapat bantahan justeru membabitkan pergerakan gaji. Maka, SSM diperkenalkan dengan hanya memberikan APC kepada guru dan kakitangan yang diperakukan oleh ketua jabatan.

Sistem penilaian secanggih manapun tidak akan memuaskan hati semua pihak. Namun, instrumen penilaian prestasi masih diperlukan untuk tujuan permohonan naik pangkat, atau memohon kursus ijazah tinggi. Selain itu, penilaian prestasi tahunan oleh ketua jabatan akan menentukan jenis pergerakan gaji yang diterima, atau tidak diterima.

Seperti biasa pelbagai andaian akan dibuat terhadap sistem APC. Apabila keputusan diketahui, gosip akan berlegar di sana sini tentang si A yang menerima APC, dan tentang si B yang kempunan buat kesekian kalinya. Maknanya, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen APC yang ditadbirkan oleh individu yang diberi amanah telah dipertikaikan.

Dalam kata lain, perhatian yang lebih besar diberi kepada proses pentadbiran instrumen daripada item penilaian dalam instrumen itu sendiri. Maka, timbullah cerita-cerita tentang "main wayang" dan "kipas bos" semula. Apatah lagi jika terdapat guru yang menerima APC buat kali kedua dan seterusnya.

Buat menghibur hati, anggaplah bukan rezeki. Tahun ini mungkin orang tidak nampak, atau buat-buat tidak nampak. Mana tahu tahun hadapan lain pula ceritanya...

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa funny? GB saya kata saya tak payah le dapat APC tahun ni sebab tahun lepas GPK 1 dah dapat. Lagipun, apa orang lain kata nanti!
Dey... Saya GPK HEM le tahun lepas.. Tahun sebelum tu saya GPK KOKU... Saya yang transform sekolah ni... Tak dapat tahun lepas sebab GB lama nak bersara, so kroni kena dapat dulu... Itupun dia kurangkan markah saya sebab katanya nak bagi laluan kat bakal penerima tu (ada ke?) Actually, dia tak nak bagi dengan alasan DIA SENDIRI belum dapat (pilihan PPD@JPN kan?) mengapa saya pula nak diberi APC? Atuss... ?Tak paham niat makhluk yang ada kuasa ni...kononnya...