SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, July 16, 2010

PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA (YOUNG BLOOD SHAPE THE FUTURE)

Kuala Lumpur, Jumaat: 16 Julai 2010 / 4 Syaaban 1431

Orang dewasa mesti menghormati kanak-kanak atas banyak sebab. Pertama, kanak-kanak yang belum cukup umur ibarat kain putih yang bersih daripada sebarang dosa. Kedua, kanak-kanak akan terus meniti usia remaja dan muda sebagai pewaris kesinambungan agama, bangsa dan negara.
Golongan muda-mudi sememangnya harta negara yang paling mahal. Harapan yang dipertaruhkan kepada mereka sangatlah tinggi. Perhatian optimum terhadap akhlak dan jati diri anak-anak muda menjadi agenda utama dalam perancangan dasar awam sesebuah negara yang ingin terus berdaya saing dalam jangka masa panjang.

Dengan lebih banyak tempat disediakan untuk anak-anak muda menimba ilmu di menara gading (universiti dan institut pengajian tinggi), diunjurkan bahawa menjelang tahun 2020, kira-kira 40 peratus golongan berkenaan mempunyai akses terhadap pengajian pascamenengah. Baki 60 peratus lagi akan diserap mengikuti kursus kemahiran, manipulatif dan teknikal yang menitikberatkan ciri hands-on di institut kemahiran, kolej komuniti dan politeknik.
Pancaroba yang menanti generasi muda bukan sedikit. Pengaruh hedonisme dan aliran pemikiran ekstrem perlu diawasi. Begitu pun, generasi dewasa tidak seyogia terlalu keras dalam urusan yang melibatkan anak-anak muda ini jika tidak mahu mereka menjauhkan diri.

Orang dewasa dan orang tua janganlah melupai sejarah mereka sendiri sewaktu berusia muda. Tidaklah rugi untuk menyantuni orang muda dengan penuh hikmah. Lagi pun,  khidmat dan layanan orang muda juga yang didambakan apabila kaum dewasa makin dimamah usia, serta tidak lagi berdaya!
Demikian catatan ringkas berkaitan khutbah Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baharu, Kuala Lumpur tengah hari tadi. Masjid berkenaan terkenal di seluruh negara dengan bubur lambuk bulan puasa. Sebagaimana masjid-masjid lain di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masjid ini juga menerima peruntukan untuk menyediakan makanan kepada golongan fakir miskin, musafir dan orang kurang beruntung yang lain...

No comments: