SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, July 18, 2010

KAMPUNG DI TENGAH KOTA (DICHOTOMIC VIEW)

Jika anda pernah berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah, anda mungkin berjumpa kawasan sawah padi di tengah-tengah kota berkenaan, berhampiran Institut Perguruan Perempuan Durian Daun. Di pinggir bandaraya Ipoh pula, berhampiran Stadium Perak, terdapat Kampung Kepayang (Fair Park). Malah, di Singapura walaupun banyak perkampungan Melayu telah lenyap sama sekali, beberapa kesan suasana kampung masih terdapat di Kampung Gelam misalannya.
Di manakah pula lokasi foto di atas? Kampung itu benar-benar terletak di kawasan kota yang bernilai teramat tinggi dari segi harga setiap inci tanahnya. Baru-baru ini timbul lagi cerita untuk menukar seluruh kampung berkenaan sebagai projek hartanah terbesar di dunia!
Dilema antara proses pembandaran (urbanisation) dengan pemuliharaan warisan sejarah terus menjadi isu dan perdebatan yang bagaikan garisan selari yang tidak sajak untuk bertemu. Banyak tapak warisan dunia telah lenyap ditelan arus pemodenan. Pertubuhan Bangsa Bersatu menerusi Unesco telah mengambil daya usaha mewartakan sejumlah tapak warisan sejarah buat tatapan generasi akan datang.
laluan perjanjian Hudaibiyyah tanpa monumen atau papan tanda

Di sesetengah negara, dasar melenyapkan tapak warisan sejarah dibuat bagi mengelakkan ketaksuban atau pemujaan terhadap monumen, serta tokoh tertentu. Sebagai contoh, Arab Saudi tidak menggalakkan sebarang bentuk kewujudan tanda lokasi bersejarah walaupun dibincangkan dengan terperinci dalam ensaiklopadea dan buku ilmiah. Hanya penduduk tempatan, atau sejarawan yang mengetahui tapak kelahiran Junjungan, rumah Khadijah, parit perang Khandak, atau masjid 7.  
Walaupun demikian, pemuliharaan tapak warisan sejarah dan pengekalan kawasan petempatan asal tertentu dalam kawasan bandar raya mungkin memberi keuntungan jangka panjang dari segi pelancongan dan penyelidikan sejarah. Kampung yang sedemikian boleh diwartakan sebagai muzium hidup untuk tujuan yang dinyatakan. Pihak berkuasa perancangan bandar tentunya sedia melayani suara hati anak bangsa yang mahukan jati diri mereka dipertahankan...

No comments: