SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, July 21, 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010 (MICHAELIAN SPEECH DAY)

Ipoh, Rabu: 21 Julai 2010 / 9 Syaaban 1431

"Saya tidak bermula dengan cemerlang semasa tingkatan 1 hingga 3 di SMK St Michael, Ipoh (SMI). Namun, minat yang amat kuat untuk menjadi profesional yang berjaya telah mengubah haluan pembelajaran saya. Berpegang kepada prinsip passion dan pembelajaran tanpa henti hingga kini, saya berhasil menggapai impian sebagai seorang arkitek bertauliah yang memiliki firma sendiri. Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan angkatan baharu Michaelian..."
Demikian antara terjemahan ucapan tetamu kehormat majlis hari anugerah kecemerlangan SMK St Michael, Ipoh (SMI), Encik Michael Lip. Majlis wajib sekolah itu bertujuan memberi pengktirafan kepada pencapaian pelajar pada tahun 2009. Anugerah meliputi pencapaian akademik, kepimpinan, serta percapaian luar biasa yang berpotensi mengharumkan nama negara.
Majlis diserikan dengan persembahan puisi perpaduan yang memenangi tempat kedua zon 2 Kinta Utara, petikan gitar klasik Cina, tarian tradisional India, dan persembahan pancaragam sekolah. Seorang kanak-kanak kecil mengajuk sebutan puisi, selain meniru gaya konduktor pancaragam. Semua persembahan pelajar membuatkan hadirin terpaku.
Kelancaran majlis dibantu oleh barisan pengacara yang bijak mengendalikan majlis. Mereka melontarkan vokal ala-ala pengacara profesional. Mungkin pada suatu nanti akan ada antara mereka muncul sebagai pengacara rebutan...

No comments: