SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, July 20, 2010

LELAKI DAN BUNGA (MICHAELIAN BOY AND FLOWER ARRANGEMENT)

Ipoh: Rabu, 21 Julai 2010 / 9 Syaaban 1431

Lelaki si penggubah bunga? Pakar kreatif berpendapat bahawa aktiviti yang membabitkan kesenian dan susunan ialah fungsi hemisfera otak kanan (hoka). Individu yang banyak menggunakan hoka sangat peka terhadap perincian (detail), contohnya nisbah ukuran hitam dengan putih tahi cicak pun dia tahu!
Umum selalu beranggapan kaum perempuan lebih mementingkan hoka. Buktinya, mereka lebih cerewet tentang kombinasi warna pakaian untuk dipadankan pula dengan aksesori yang lain. Lelaki biasanya lebih cenderung kepada warna tunggal sahaja (plain colour).
Kalau andaian berkenaan diterima secara mutlak, pastilah urusan bunga-bungaan menjadi dominasi kaum perempuan. Namun, hal yang sebaliknya telah berlaku di SMK St Michael, Ipoh (SMI). Budak lelaki kelihatannya lebih menonjol.
Pertandingan gubahan bunga diadakan saban tahun sempena majlis hari anugerah kecemerlangan. Bunga yang menguasai tiga tempat teratas bakal menghiasi meja tetamu utama. Namun, gubahan yang lain juga akan diatur di kawasan pentas.
Semua gubahan kemudian dibawa ke pusat sumber untuk dihakimi. Sebelum juri tiba, PB sempat meninjau dan merakam beberapa gubahan yang menarik. Jurufoto majalah kata nombor 19 cantik; PB lebih sukakan no.16.
Tidak lama kemudian 3 orang juri jemputan tiba. Mereka kelihatan mencatat sesuatu pada borang markah setiap kali berhenti pada stiap gubahan. Pastilah yang dicari ialah ciri istimewa dan unik dari segi susunan dan persembahan.
Pemenangnya ialah... gubahan nombor 16. Maknanya cita rasa PB sama dengan keputusan juri. Mungkin hanya kebetulan, macam ramalan si oracle octopus celebrity Paul, yang mahu dibeli oleh pelbagai organisasi bola sepak Eropah.
Gubahan sang juara ialah milih Kelab Antidadah, manakala pemenang kedua milik Persatuan Bahasa Tamil, dan ketiga milik Kelab Adams. Semuanya penggubah budak lelaki! Pertandingan gubahan bunga bukanlah saingan gender, tetapi untuk menyerlahkan kreativiti  serta mempraktikkan kerja berpasukan...

No comments: