SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, July 15, 2010

NASI LEMAK ANTARABANGSA DI KAMPUNG BARU (MIDNITE FOOD IN THE TOWN)

Dahulu, nasi lemak menjadi hidangan sarapan pagi. Nasi lemak yang ditanak secara tradisional disekalikan dengan daun pandan membangkitkan aroma masakan dan menambat selera seisi keluarga. Walaupun hanya ditambah dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun, keenakannya pasti sukar dilupai.
Kini, nasi lemak telah menjadi menu utama penjaja jalanan seawal 6.30 pagi. Kebiasaannya, sebungkus nasi lemak asas (ada sambal bilis, sepotong telur rebus dan timun) berharga RM1.50. Pembeli boleh meminta telur goreng, ayam goreng, ikan, lampung, dan lain-lain, dengan syarat mesti sanggup membayar harganyalah...
Ada pembeli yang seakan-akan menjadi ketagih nasi lemak, lalu membelinya setiap hari. Mereka bukan tidak tahu jumlah kalori dan kandungan kabohidrat yang akan bertukar menjadi gula dalam sistem tubuh mereka jika tidak dibakar menerusi aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh. Misal kata, jumlah kalori dalam sebungkus nasi lemak mungkin sekali bersamaan dengan 10 kilometer berjalan kaki secara berterusan, belum dicampur dengan teh tarik yang biasanya menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Kini, di bandar-bandar besar seluruh negara, nasi lemak boleh dinikmati bila-bila masa, iaitu 24 jam sehari tanpa rehat. Kepada yang disahkan tiada halangan dari segi kesihatan, sesekali apa salahnya menikmati sehidangan nasi lemak, sama ada di premis niaga, atau secara bungkusan bawa balik ke rumah. Bagi pengunjung ibu negara, pengalaman menikmati nasi lemak antarabangsa di Kampung Baru, berdekatan Jalan Chow Kit, semestinya tidak akan dilepaskan.
Penulis blog (PB) bersama-sama tiga orang rakan berkesempatan berkunjung ke sebuah premis menjual nasi lemak terhangat di Kampung Baru. Kelihatan juga kelibat Paknil (Aznil Haji Nawawi), deejay Era.fm, merangkap pengacara Tom Tom Bak Astro saluran 611. Namun, foto beliau sedang berbaris tidak diambil atas sebab etika fotografi personaliti terkenal.
Secara purata, setiap orang membayar sebanyak RM7.00, termasuk minuman. Berlatar belakang KLCC, pemandangan waktu malam di Kampung Baru memang mempersonakan. Kita tidak tahu sampai bilakah Kampung Baru dapat bertahan dengan asakan arus pembangunan bandar raya yang dianggap sebagai antara yang paling selamat di dunia ini...

No comments: