SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, July 13, 2010

KECEKAPAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BANDAR (CITY TRANSPORTATION SYSTEM)

Warga bandar raya selalu merungut kerana bertahun-tahun lamanya menghadapi situasi yang sama: terperangkap kesesakan jalan, dan ruang meletak kereta (parkir) yang amat terhad. Dengan jumlah kenderaan persendirian yang makin bertambah, iaitu dianggarkan 7 juta kereta penumpang yang masih aktif di jalan raya seluruh negara, isu ini bagaikan tiada penghujung. Bandar raya akan menjadi tumpuan justeru segala urusan rasmi dan beli-belah lebih cepat diselesaikan di sana.

Saranan supaya berkongsi kereta dan menggunakan sistem pengangkutan awam memang sedap bunyinya, tetapi keperluan dan destinasi khusus yang berbeza mungkin menjadi kekangan. Namun, kenaikan harga bahan api petroleum yang berterusan, di samping masalah ruang letak kereta sedikit sebanyak membuatkan pengguna akhirnya terpaksa akur. Harga petrol RON 95 (nozel kuning) kini RM1.85, naik 5 sen; RON 97 (nozel hijau) diapungkan berdasarkan mekanisme pasaran: keseimbangan permintaan dan penawaran, berkuat kuasa Jumaat, 16 Julai 2010.
bersambung...

No comments: