Watak: Azfa Hanani
Perwatakan: Penyayang
Latar masyarakat: Masyarakat yang penyayang
Nilai: Kasih sayang
Persoalan: Kasih sayang sesama keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah berkasih sayang sesama keluarga
Kak Finaz memujuk Hanani bahawa pada cuti semester nanti, dia akan membawa Hanani pulang ke kampung. Hanani berasa lega kerana selama ini Kak Finaz tidak pernah mungkir janji.
Watak: Kak Finaz
Perwatakan: Amanah
Latar masyarakat: Masyarakat yang amanah
Nilai: Amanah
Persoalan: Amanah dalam berjanji
Pengajaran: Kita hendaklah amanah dalam menunaikan / mengotakan / memenuhi janji
Walaupun soalan ujian bahasa Jepun yang diduduki tidak sesukar mana, namun kerana kerap tidak hadir kelas, Hanani hanya mampu menggaru kepala yang tidak gatal. Masa dua jam dirasakan terlalu panjang. Ulang kaji sepintas lalu nyata tidak banyak membantu.
Watak: Azfa Hanani
Perwatakan: Gigih / tidak mudah putus asa / cekal
Latar masyarakat: Masyarakat yang gigih / tidak mudah putus asa / cekal
Nilai: Kegigihan / kesungguhan / kecekalan
Persoalan: Kegigihan / kesungguhan / kecekalan dalam pembelajaran
Nilai: Kita hendaklah gigih / bersungguh-sungguh / cekal dalam pembelajaran; Kita janganlah berputus asa dalam pembelajaran
Hasrat Azfa Hanani bersua dengan Zuraini dan Pak Long tertunai apabila Abang Mazran datang menjemput bersekali dengan berita bahawa dua insan yang dirinduinya berada di rumah Datin Maziah. Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk, Kak Finaz sengaja mengajak Datin Maziah keluar membeli-belah.
Watak: Kak Finaz
Perwatakan: Bijaksana / Teliti / Berpandangan jauh
Latar masyarakat: Masyarakat yang bijaksana / teliti / berpandangan jauh
Nilai: Kebijaksanaan / ketelitian / kematangan
Persoalan: Kebijaksanaan / ketelitian / kematangan dalam tindakan / strategi
Pengajaran: Kita hendaklah bijak / teliti / matang dalam tindakan / strategi
Zuraini masih dalam proses pemulihan. Dia berasa terhutang budi dengan keluarga angkat Azfa Hanani. Pertemuan mereka hari itu sangat emosional (meruntun perasaan).
Watak: Zuraini
Perwatakan: Sentiasa bersyukur
Latar masyarakat: Masyarakat yang sentiasa bersyukur / masyarakat pesakit
Nilai: Kesyukuran
Persoalan: Kesyukuran terhadap nikmat kesihatan / bantuan orang lain
Pengajaran: Kita hendaklah bersyukur atas nikmat kesihatan / bantuan orang lain
Hanani mendapati raut wajah Pak Long mengalami perubahan, iaitu kembali segak dan tampan. Hanani mengagak beban Pak Long menjadi ringan justeru dia diserahkan kepada keluarga Datin Maziah, manakala masalah kesihatan Zuraini makin baik.
Watak: Pak Long
Perwatakan: Sedia berkorban
Latar masyarakat: Masyarakat yang sedia berkorban / masyarakat kampung / masyarakat kurang berada
Nilai: Pengorbanan
Persoalan: Pengorbanan dalam menyediakan sara hidup keluarga
Pengajaran: Kita hendaklah sedia berkorban bagi menyediakan sara hidup keluarga
Watak: Datuk Tengku Makmur
Perwatakan: Budiman
Latar masyarakat: Masyarakat yang budiman / masyarakat yang berpangkat, bergelar / masyarakat hartawan
Nilai: Hormat-menghormati / saling menghormati
Persoalan: Hormat-menghormati / saling menghormati sesama manusia / dalam komunikasi
Pengajaran: Kita hendaklah hormat- menghormati / saling menghormati sesama manusia / dalam komunikasi
Zuraini memberitahu Hanani bahawa Datuk Tengku Makmur seperti sudah kenal lama dengan keluarga mereka. Malah, Datuk turut memuji Hanani sebagai budak baik, berbudi bahasa dan makan nasihat. Hanani menaruh rasa curiga.
Perwatakan: Berterus terang / jujur
Latar masyarakat: Masyarakat yang berterus terang / jujur
Nilai: Terus terang / kejujuran
Persoalan: Terus terang / Kejujuran dalam menyatakan kebenaran / hakikat / pujian
Pengajaran: Kita hendaklah berterus terang / jujur dalam menyatakan kebenaran / hakikat / pujian
No comments:
Post a Comment