Sebagai galakan kepada kakitangan awam untuk memperoleh kelayakan akademik dan kepakaran, insentif dari segi tangga gaji khas patut dianugerahkan kepada penyandang ijazah tinggi (sarjana dan Ph.D) dan kelayakan profesional yang lain (akauntan berdaftar, Ir.) Sebagai syarat bagi menikmati anugerah berkenaan, seseorang kakitangan harus menyumbang idea inovasi atau penambahbaikan dalam organisasi yang diwakili, sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Idea yang disumbangkan hendaklah didokumentasikan dalam jurnal organisasi.
Sistem kenaikan pangkat di sekolah-sekolah juga perlu distruktur semula. Misalnya, pencalonan jawatan kepimpinan dan pentadbiran hendaklah diberi keutamaan kepada guru-guru pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang sedang bertugas di sekolah. Pegawai-pegawai di pejabat pelajaran daerah, jabatan pelajaran negeri dan kementerian harus mempunyai skim naik pangkat dalam organisasi masing-masing.
Banyak sekali kes apabila guru-guru lebih kanan dari segi perkhidmatan hanya berputih mata apabila melihat guru lebih muda yang "dicelup" setahun dua di PPD atau JPN dilantik sebagai pemimpin sekolah. Maka, majoriti guru PDP yang otai akan hanya bersara sebagai guru PDP dan harus rela diarah oleh guru lebih junior. Keadaan menjadi lebih unik di sekolah rendah, apabila guru siswazah yang senior tidak memiliki peluang untuk mengisi jawatan pentadbiran yang dikhususkan untuk guru besar atau penolong kanan sedia ada yang baru hendak disiswazahkan.
Emolumen yang lebih baik kepada kakitangan awam akhirnya akan menjana pertumbuhan ekonomi, menerusi kuasa beli dan perbelanjaan agregat yang meningkat. Kakitangan swasta tidak perlu memandang serong akan perjuangan kesatuan sekerja awam untuk penstrukturan dan semakan gaji. Sebahagian besar emolumen yang diterima akan berpusing dalam kegiatan ekonomi sektor swasta juga...
1 comment:
saya setuju kenaikan dari gred 41 ke 44 dan ke 48 ditetapkan, kerana kita fresh graduate yang melaporkan diri di sekolah pada tahun 1990,1991,1992, 1993 terpaksa menunggu 13 hingga 14 tahun untuk mendapat gred 44. Cuma harapan saya kenaikan gred dari 44 ke 48 pada tahun ke 16 pada tahun 2012 hendaklah diambilkira dari tahun mula dilantik sebagai guru siswazah atau DG 3 (41), bukan 8 tahun selepas dilantik ke gred 44...harap-harap begitulah..
Post a Comment