Pengenalan
Sasjira, pengarang cerpen yang termuat dalam antologi "Dirgahayu Bahasaku", halaman 166 - 176 berjaya menyampaikan mesej tentang lestari alam sekitar, serta dilema dalam mencari rezeki untuk menyara keluarga. Pak Tua berasa sesal kerana pekerjaan yang dipilihnya menyebabkan dia terpaksa mengorbankan "busana hijau untuk bumi" yang mengambil masa jutaan tahun untuk tumbuh. Namun, di sisi yang lain, menerusi pendapatan daripada pekerjaan itu, Pak Tua dapat menanggung pembiayaan pengajian empat orang anaknya, bahkan Pak Tua bertemu jodoh dengan Mak Tua ketika bekerja.
Sinopsis Cerpen
Pak Tua seorang pemandu traktor yang bertugas membersihkan kawasan hutan untuk tujuan pembangunan dan pertanian. Pak Tua berasa kesal kerana dia telah banyak memusnahkan habitat yang menjadi tempat tinggal flora dan fauna. Sebelumnya, Pak Tua pernah menggunakan bom ikan hingga memusnahkan terumbu karang yang mengambil masa jutaan tahun untuk membesar. Namun, Pak Tua juga harus menerima hakikat bahawa dia berjaya menyara keluarga dan pengajian anak-anaknya hingga hidup senang atas pendapatan bulanan yang mencecah ribuan ringgit. Mak Tua, Ajam, Bakar, Melati dan Budi cuba memujuk Pak Tua supaya tidak dicengkam rasa bersalah. Bagi menebus "kesalahan" masa lalu itu, Pak Tua membuat keputusan untuk menggunakan tanah pusaka ibu dan bapa mertuanya sebagai hutan simpan. Akhirnya semua anak Pak Tua berpakat untuk menjadikan kawasan hutan simpan Pak Tua sebagai produk pelancongan.
Watak dan Perwatakan
Pak Tua: Watak utama, mencintai alam sekitar. Setelah bersara, dicengkam rasa bersalah memusnahkan hutan. Suami dan ayah yang bertanggungjawab / prihatin. Buktinya, Pak Tua mementingkan pendidikan. Berhemat dalam perbelanjaan, iaitu tidak suka berhutang untuk biaya pengajian anak hingga ke menara gading. Suami / bapa yang penyayang. Pak Tua sentiasa mendengar dan melayan percakapan mereka. Pak Tua juga pemurah, sentaiasa menghantar juadah ke masjid tiap malam Jumaat.
Mak Tua: Asalnya gadis sungai di daerah Kinabatangan, Sabah. Bertemu jodoh ketika sedang membasuh pakaian di lanting (jeti terapung, dialek Brunei). Isteri yang setia. Sentiasa menyokong pekerjaan suami, selain menghiburkan suami yang dilanda rasa bersalah terhadap kemusnahan hutan. Bertanggungjawab dan rajin memasak untuk keluarga dan masyarakat.
Ajam: Anak sulung Pak Tua dan Mak Tua. Pemilik syarikat pengangkutan bas antarkota. Anak yang mengenang jasa Pak Tua yang memberi bantuan modal dan dana ketika dia mula berniaga.
Bakar. Anak kedua, pengurus ladang lulusan Sarjana Pertanian. Bijak mengambil hati Pak Tua dengan mengatakan pembangunan memerlukan pengorbanan.
Melati: Anak ketiga, pensyarah universiti. Seperti abang-abangnya, Melati sangat mengenang jasa Pak Tua yang menanggung biaya pengajian tinggi dirinya dengan titik peluh sendiri. Malah, Melati menganggap pekerjaan Pak Tua sebagai menolong negara melaksanakan pembangunan.
Budi: Anak bongsu, guru bertauliah lulusan sarjana muda pendidikan. Anak yang sopan, contohnya menyokong langkah Pak Tua membuka hutan simpan.
Latar tempat
Kinabatangan dan Sandakan, Sabah: Pak Tua pertama kali bertemu Mak Tua 40 tahun yang lalu ketika menaiki kapal menyusuri Sungai Kinabatangan.
Rumah Pak Tua / rumah kebun: Pak Tua mengingat masa lalu, sambil Mak Tua menyediakan hidangan gulai asam pedas. Pak Tua juga sibuk melayan kerenah cucu dengan kisah dongeng tentang hutan rimba nan indah.
Kebun dan hutan simpan milik Pak Tua. Penuh dengan tanaman buah-buahan tempatan dan buah -buahan hutan. Pak Tua sangat berhati-hati mengambil buah-buahan supaya pokok tidak rosak.
Perbincangan Komsas
Pemilihan Tajuk
Tema
Latar masyarakat
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Teknik penceritaan
bersambung...
No comments:
Post a Comment