SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, September 12, 2011

HUBUNGAN KEANJALAN DENGAN CUKAI (TAX BURDEN'S AREA PAID)

Pengenalan

Cukai ialah instrumen agihan semula, iaitu segala kutipan cukai akan menjadi hasil kerajaan, lalu digunakan untuk menyediakan barang awam (termasuk perkhidmatan awam). Cukai langsung dikenakan ke atas individu menerusi cukai pendapatan, dan ke atas syarikat dalam bentuk cukai keuntungan syarikat. Cukai tak langsung pula dikenakan ke atas pengeluar atau pengguna dalam pasaran semasa.

Cukai tak langsung bertujuan meningkatkan hasil kerajaan, contohnya cukai perkhidmatan, cukai jualan dan lain-lain. Cukai tak langsung juga bertujuan untuk tidak menggalakkan penggunaan sesuatu barang, contohnya alkohol dan rokok. Kesan cukai secara serta-merta ialah peningkatan kos pengeluaran.

Pengeluar atau firma cenderung untuk memindahkan beban cukai yang dikenakan kepada pengguna menerusi peningkatan harga barang. Sama ada pengeluar akan berjaya memindahkan beban cukai itu sepenuhnya atau sebahagian, atau tidak berjaya langsung, akan bergantung kepada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran barang di pasaran. Analisis grafikal perlu menunjukkan bahawa keluk permintaan tidak berubah, manakala keluk penawaran akan beralih ke kiri, sebab kos pengeluaran yang meningkat mengakibatkan penawaran berkurang.

Langkah Melukis Keluk

          1  Paksi P, Q lengkap dengan label dan skala (RM untuk harga; unit untuk kuantiti)
          2  Keluk permintaan (ikut kes: anjal, tidak anjal, anjal sempurna, tidak anjal sempurna)
          3  Keluk penawaran asal, So
          4  Keseimbangan pasaran, Eo
          5  Harga keseimbangan, Po
          6  Kuantiti keseimbangan, Qo
          7  Keluk penawaran baharu, S1 (sebelah kiri So)
          8  Keseimbangan baharu, E1
          9  Harga baharu, P1
        10  Kuantiti baharu, Q1
        11  Titik silang Po, Q1: labelkan A
        12  Harga pada titik silang So, Q1
        13  Titik silang So, Q1: labelkan B
        14  Kawasan beban cukai pengguna: PoP1E1A }  perhatikan perbezaan
        15  Kawasan beban cukai pengeluar: P2PoAB   } saiz kawasan
        16  Kawasan hasil kerajaan: (14 + 15) ==> P2P1E1B

Langkah Huraian (secara deduktif, keputusan / kesimpulan dahulu, baru huraian)
          1  Makin anjal permintaan, makin besar beban cukai pengeluar
          2  Tetapkan kes berdasarkan tugasan, contohnya Ed>1, Es<1.
          3  Huraian keluk: keseimbangan Eo, Po, Qo
          4  Cukai meningkatkan kos pengeluaran, maka keluk penawaran SoSo beralih ke keiri, S1S1
          5  Keseimbangan baharu, E1: harga naik, P1; kuantiti turun, Q1
          6  Jumlah cukai dikenakan / hasil kerajaan
          7  Beban cukai pengguna / pembeli
          8  Beban cukai pengeluar / penjual
          9  Perbandingan saiz beban cukai

Langkah melukis gambar rajah dan langkah huraian di atas terpakai untuk semua kes:

          1   Ed > 1, Es < 1
          2   Ed < 1, Es < 1
          3   Ed = ∞,  Es < 1
          4   Ed = 0, Es < 1

          5   Es > 1, Ed < 1
          6   Es = ∞,  Ed < 1
          7   Es = 0,  Ed < 1

selamat mencuba, sila rujuk buku teks untuk gambar rajah yang lengkap...

No comments: