SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, September 11, 2011

"BUKAN DIRANCANG" AZFA HANANI BAB 11 (CONVINCING REASONS)

Pengenalan

Bab ini berkisar tentang ikhtiar Azfa Hanani meyakinkan Datin Maziah untuk ke rumah Ellina, justeru "bertembung" dengan jadual tuisyen. Mujur, Tengku Muzaffar yang selama ini dianggap bersikap sinikal datang membantu. Hanani dikehendaki mengambil alih peranan Ellina sebagai pengerusi pasukan forum sekolah.

Perbincangan Peristiwa Penting


Azfa Hanani terpaksa mencari alasan untuk mewajarkan dirinya ke rumah Ellina. Datin Maziah mahu Hanani mengutamakan tuisyen bahasa Inggeris pada petang itu. Akhirnya, Datin Maziah memberi persetujuan setelah Tengku Muzaffar menguatkan alasan Hanani


Watak:  Azfa Hanani
Perwatakan:   Tidak mudah putus asa
Latar masyarakat:   masyarakat yang tidak mudah putus asa / masyarakat murid sekolah
Nilai:  Kesabaran / Ketabahan 
Persoalan:  Kesabaran / ketabahan dalam meyakinkan orang lain
Pengajaran:  Kita hendaklah sabar / tabah dalam meyakinkan orang lain

Hanani cuba menolak pelawaan Tengku Muzaffar untuk membonceng motosikal berkuasa tinggi ke rumah Ellina, tetapi tidak berjaya kerana hal itu ialah rancangan Kak Finaz. Hanani "kecut perut" kerana cara Tengku Muzaffar memecut begitu laju.


Watak:  Azfa Hanani
Perwatakan:  Akur / patuh
Latar masyarakat:  Masyarakat yang akur / patuh (kepada perancangan)
Nilai:  Kepatuhan
Persoalan:  Kepatuhan terhadap perancangan asal
Pengajaran:  Kita hendaklah akur / patuh terhadap perancangan.

Hanani ditugaskan mengambil alih peranan Ellina sebagai pengerusi pasukan forum SM Taman Sari. Walaupun mulanya agak gugup, tetapi sokongan rakan berjaya memberi keyakinan kepada Hanani. 


Watak:  Azfa Hanani
Perwatakan:  Bertanggung jawab; suka rela; kesungguhan
Latar masyarakat:  Masyarakat yang bertanggungjawab / suka rela
Nilai:  Tanggungjawab / suka rela
Persoalan:  Tanggungjawab / suka rela / kesungguhan dalam sesuatu aktiviti / kegiatan /pekerjaan / tugasan
Pengajaran:  Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjayakan sesuatu aktiviti / kegiatan /pekerjaan / tugasan

No comments: