Pengenalan
Kisah berkisar tentang sambutan ulang tahun kelahiran Tengku Murni. Tetamu yang paling ditunggu oleh Azfa Hanani ialah Ekran. Akhirnya Ekran muncul, tetapi sekadar menyampaikan sebuah hadiah misteri, dan terus sahaja berlalu pergi tanpa melangkah ke majlis.
Perbincangan Peristiwa
Ketika berbual dengan Ellina, Adriani, Rudiah dan Suzana, Hanani menerima pujian tentang suaranya yang lunak dan sedap didengar. Hanani telah muncul sebagai pengerusi terbaik forum remaja sekolah hingga peringkat negeri. Mereka mencadangkan Hanani mendalami bidang komunikasi, dan Hanani akur kerana dia alah darah untuk menjadi doktor sebagaimana cita-cita asalnya.
Watak: Ellina / Adriani / Rudiah / Suzana
Perwatakan: Jujur
Latar masyarakat: Masyarakat yang jujur / masyarakat murid sekolah
Nilai: Kejujuran
Persoalan: Kejujuran dalam memberi pujian / membuat penilaian
Pengajaran: Kita hendaklah jujur dalam memberi pujian / membuat penilaian
Ekran muncul dengan membawa hadiah misteri. Dia tidak membalas senyuman yang diukir Hanani. Pujukan Hanani supaya dia masuk juga tidak dilayan.
Watak: Ekran
Perwatakan: Tegas / tetap pendirian
Latar masyarakat: Masyarakat yang tegas / tetap pendirian
Nilai: Ketegasan
Persoalan: Ketegasan dalam tindakan
Pengajaran
: Kita hendaklah tegas dalam tindakan
Abang Mazran membawa khabar gembira bahawa peluang Zuraini yang menerima rawatan di Jakarta untuk sembuh begitu cerah. Abang Mazran juga menyerahkan telefon bimbit miliknya untuk kegunaan Hanani buat sementara sebelum telefon bimbit khusus untuknya dibelikan. Hanani teruja untuk menghubungi keluarga dan rakan, serta menganggap bayaran bil sebagai sebahagian janji tatkala dia bersetuju menjalankan peranan Tengku Murni.
Watak: Abang Mazran
Perwatakan: Menepati janji
Latar masyarakat: Masyarakat yang menepati janji
Nilai: Amanah
Persoalan: Amanah dalam berjanji
Pengajaran: Kita hendaklah amanah dalam berjanji
No comments:
Post a Comment