SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, September 13, 2011

AZFA HANANI HADAPI LAILI "MELULU" (CHAPTER 12, NORTHEN FORM 4'S NOVEL)

Pengenalan

Bab bermula dengan perihal Hanani yang tidak pandai mengikat tali leher, namun dia cepat belajar menerusi bantuan Ellina. Selain itu, Hanani juga diingatkan tentang Iskandar si buaya darat. Khabar gerai burger Ekran dibakar menyebabkan Hanani segera ke bilik persatuan, tetapi Laili pula yang ditemui dengan provokasi tuduhan melulu.

Perbincangan Peristiwa

Ellina memberi kepercayaan kepada Hanani bagi mengganti tempatnya sebagai pengerusi pasukan forum remaja sekolah. Ellina turut meminjamkan sepasang pakaian pengawas miliknya. Hanani yang pernah dicalonkan sebagai pengawas di sekolah lamanya berasa terharu.

Watak:  Ellina / Nina
Perwatakan:  Budiman
Latar masyarakat:  masyarakat yang budiman / percaya, yakin kepada rakan
Nilai:  Baik hati / kepercayaan / keyakinan
Persoalan:  Baik hati dalam persahabatan; kepercayaan dalam persahabatan / kebolehan rakan
Pengajaran:  Kita hendaklah mempercayai / meyakini rakan yang berkebolehan

Ellina mengingatkan Hanani tentang sikap "buaya darat' Iskandar. Ellina dan rakan yang lain nyata tidak berkenan akan perangai Iskandar.



Watak:  Ellina / Nina
Perwatakan: Jujur / berterus terang
Latar masyarakat: Masyarakat yang jujur / berterus terang; masyarakat murid sekolah
Nilai: Terus terang / kejujuran
Persoalan: Kejujuran dalam memberi maklumat / peringatan
Pengajaran: Kita hendaklah jujur / berterus terang dalam memberi maklumat yang penting

Sebaik diberitahu bahawa gerai burger Ekran dibakar, Hanani bergegas mencari Ekran di bilik persatuan. Di sana, dia hanya terserempak dengan Laili ketika sedang asyik menggayakan pakaian pengawas di hadapan cermin. Ekran tidak kelihatan.

Watak:  Azfa Hanani
Perwatakan:  Prihatin / cekap bertindak / tidak suka bertangguh
Latar masyarakat: masyarakat yang prihatin / cekap bertindak / tidak suka bertangguh
Nilai:  Keprihatinan / kecekapan
Persoalan:  Keprihatinan / kecekapan dalam bertindak / memberi reaksi
Pengajaran: Kita hendaklah prihatin akan nasib yang menimpa rakan / cekap dalam memberi reaksi yang perlu

Laili sengaja mencari pasal dengan melabel Hanani budak kampung, kolot dan memandai-mandai. Laili juga menuduh Hanani campur tangan dalam urusan Budak Glamor dengan memberitahu Ekran tentang cubaan mereka menguasai pentas Malam Bakti Sumbangsih. Hanani cuba meredakan keadaan, tetapi Laili terus sahaja berlalu.



Watak:  Laili
Perwatakan:  Suka melabel / menuduh / mencari pasal / membuat provokasi
Latar masyarakat:  Masyarakat yang suka melabel / menuduh / mencari pasal / membuat provokasi
Nilai:  Berbaik sangka (nota: berlawanan dengan sikap Laili)
Persoalan:  Berbaik sangka dalam pergaulan / sesama rakan / sesama manusia
Pengajaran:  Kita hendaklah berbaik sangka sesama rakan / manusia

No comments: