Pendahuluan
Mohon maaf terlebih dahulu kerana penulis blog (PB) tidak begitu selesa bagi menggambarkan bab 10 novel Azfa Hanani yang berkisar terhadap kisah Hanani yang keluar berdua dengan Ekran. Mungkin ada yang mengatakan tiada apa-apa yang luar biasa tentang hal itu. Namun, barang diingat bahawa sesuatu kebiasaan (pergaulan bebas) tidak dapat mengubah hukum-hakam dan peraturan.
Kisah bermula apabila Hanani memberitahu Ekran bahawa Kak Finaz tidak menghalang Hanani daripada mengunjungi pameran buku bersama Ekran, dengan syarat tidak pulang lewat. Hanani juga memohon agar Ekran memahami kedudukan dirinya sebagai anak kampung yatim piatu lagi miskin sedang menumpang kasih di rumah Datin Maziah. Hanani sedar bahawa satu hari nanti rahsia peranan Murni lambat laun akan disedari oleh Datin Maziah, tetapi sementara ada kesempatan, Hanani mahu membalas jasa ibu bapa saudaranya dengan belajar bersungguh-sungguh hingga menggenggam segulung ijazah.
Perbincangan Peristiwa
Hanani menceritakan hujung pangkal dirinya menerima pelawaan Kak Finaz dan izin ibu bapa saudaranya. Hanani sukar menolak pelawaan untuk terus belajar dan janji Kak Finaz untuk membiayai rawatan Zuraini di Indonesia. Namun, Hanani tidak mengharapkan upah, selain kebajikan dirinya terjaga.
Watak: Azfa Hanani
Perwatakan: Jujur, berterus terang
Latar masyarakat: masyarakat yang jujur / berterus terang; masyarakat anak yatim piatu; masyarakat miskin; masyarakat pelajar
Nilai: Kejujuran
Persoalan: Kejujuran dalam percakapan
Pengajaran: Kita hendaklah jujur dalam percakapan
Hanani mengepos semula buku-buku yang di"curi pinjam" daripada perpustakaan sekolah lamanya, SM Seri Dian, dengan menyelitkan catatan kepada Cikgu Zamin. Hanani yakin bahawa namanya masih belum tercemar, apatah lagi setelah tiga orang murid lelaki (Lazim, Hamidon, Teck Lee) tertangkap.
Watak: Azfa Hanani
Perwatakan: Ikhlas, yakin diri
Latar masyarakat: Masyarakat yang ikhlas / yakin diri; masyarakat murid sekolah
Nilai: Keikhlasan, keyakinan
Persoalan: Keikhlasan / keyakinan dalam membuat keputusan / tindakan
Pengajaran: Kita hendaklah ikhlas / yakin dalam membuat keputusan, / tindakan
Ekran mengaku dia tidak "menyembur" (menegur) Laili tentang campur tangan Budak Glamor dalam projek Malam Sumbangsih kerana Datuk Minhad, ayah Laili pernah menyumbang RM10,000 untuk projek itu. Hanani agak tersentak dengan sikap Ekran yang berkenaan.
Watak: Ekran
Perwatakan: mengenang budi / bertolak ansur / tegas
Latar masyarakat: masyarakat yang mengenang budi / bertolak ansur / tegas
Nilai: Berbudi bahasa / tolak ansur / ketegasan
Persoalan: Berbudi bahasa / Tolak ansur / Ketegasan dalam membuat keputusan
Pengajaran: Kita hendaklah mengenang budi / bertolak ansur / tegas sebelum mengambil sesuatu tindakan
(catatan: huraian boleh menunjukkan bahawa tindakan Ekran sebagai tidak wajar)
Nota hujung
Pada perenggan terakhir (muka surat 113), pengarang telah meninggalkan unsur suspens kepada pembaca. Ketika hendak melintas jalan, Ekran dan Hanani dihampiri oleh sebuah motosikal berkuasa tinggi yang berpatah balik setelah memecut laju 20 meter di hadapan mereka. Identiti lelaki itu dijawab pada muka surat 119, iaitu Tengku Muzaffar. Setelah peristiwa itu, Ekran menjauhkan diri daripada Hanani...
Ralat: muka surat 110, baris 15 ==> perkataan sudi dieja sebagai sudin.
No comments:
Post a Comment