SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, October 25, 2011

SOALAN HANGAT KERTAS MIKROEKONOMI (SPOT QUESTIONS FOR ECONOMICS)

Bahagian B  [30 markah]


1 Huraikan tiga ciri sistem ekonomi seperti yang diamalkan di Malaysia.      [6 markah]

Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran :1:

Sebahagian penyelesaian masalah asas ekonomi ditentukan oleh mekanisme pasaran, manakala sebahagian lagi menerusi keputusan kerajaan :1:

Individu (isi rumah), firma, kerajaan bebas memiliki harta dan sumber ekonomi, serta bebas menggunakannya untuk mencapai objektif masing-masing :2:

Firma bebas bersaing mengeluarkan barang ekonomi untuk memaksimumkan untung, kerajaan mengeluarkan barang awam untuk memaksimumkan kebajikan :2:


2 Terangkan perbezaan antara barang pengguna dengan barang modal.  [6 markah]

Barang pengguna: barang yang dapat memuaskan pengguna secara langsung :1:

barang akhir / tidak perlu diproses lagi :1:

contoh – sabun, buah-buahan, pakaian :1: (dua contoh o.k.)

Barang modal: sumber yang digabungkan dengan sumber ekonomi lain untuk

mengeluarkan barang pengguna atau barang modal yang lain :1:

: memuaskan kehendak pengguna secara tidak langsung :1:

: contoh – jentera, lori, peralatan, kilang :1: (dua contoh o.k)


3 Mengapakah jumlah penawaran sesuatu barang lebih banyak dalam jangka panjang dibandingkan dengan jangka pendek? Jelaskan alasan anda.          [6 markah]

Dalam jangka panjang, semua input merupakan input berubah :1:

Maka, firma boleh meningkatkan penawaran sesuatu barang dengan membesarkan skala pengeluaran :1:

Firma juga boleh memajukan teknologi baharu / canggih :1:

Dalam jangka pendek, input terdiri daripada input tetap dan input berubah :1:

Maka, firma hanya dapat meningkatkan penawaran dengan menambahkan penggunaan input berubah sahaja :1:

Firma hanya dapat meningkatkan penawaran dengan jumlah yang sedikit dalam jangka pendek :1:


4    Dengan menggunakan contoh, terangkan tentang keseimbangan pasaran yang melibatkan permintaan dan penawaran                                         [6 markah]

Definisi: kuantiti permintaan pengguna = kuantiti penawaran pengeluar sesuatu barang pada tingkat harga tertentu :1:

Berlaku apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran :1:

Keluk :1:

Huraian keluk: kes lebihan penawaran – harga jatuh menuju P, Q keseimbangan :1:

kes lebihan permintaan – harga naik menuju P, Q keseimbangan :1:

titik keseimbangan – kuantiti diminta = kuantiti ditawar :1:


5 Jelaskan dengan ringkas keanjalan permintaan pendapatan bagi kumpulan barang berikut:

   (a) barang kemas;   (b) gula;   (c) beras hancur                  [6 markah]


(a) Ey barang kemas +ve kerana merupakan barang mewah :1:

Apabila pendapatan pengguna meningkat, permintaan barang kemas juga meningkat :1:

(b) Ey gula = sifar kerana gula barang mesti :1:

Walaupun pendapatan pengguna meningkat, permintaan terhadap gula tidak berubah :1:

(c) Ey beras hancur = -ve kerana merupakan barang bawahan :1:

Apabila pendapatan pengguna meningkat, permintaan terhadap beras hancu  akan berkurangan :1:


6 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan hubungan antara jumlah utiliti dengan utiliti sut.

Definisi: TU ialah jumlah kepuasan yang diperoleh daripada penggunaan sesuatu barang / MU ialah perubahan jumlah utiliti akibat tambahan seunit kuantiti barang yang diguanakan :1: (jika beri satu definisi juga diberi 1 markah)

Keluk hubungan geometrik menegak :2: jika dilukis berasingan :1:

Berdasarkan g/rajah, apabila TU naik, MU > 0 iaitu mulai kuantiti 0 hingga Qo :1:

Apabila TU maksimum, MU = 0 (sifar), pada Qo :1:

Apabila TU menurun, MU = -ve, iaitu selepas kuantiti Qo :1:


7 Dengan memberikan contoh, terangkan maksud firma, industri dan input pengeluaran.   [6 markah]

Firma ialah organisasi / pihak /pelaku ekonomi yang menggabungkan faktor pengeluaran bagi melaksanakan aktiviti pengeluaran (barang dan perkhidmatan) :1:

Contoh – pengeluar sayur yang menggabungkan keusahawanan, bahan mentah, tanah dan modal untuk aktiviti pengeluaran sayur :1:

Industri ialah sekumpulan firma yang menghasilkan barang dan perkhidmatan yang sama :1:

Contoh – industri kraf tangan terdiri daripada semua firma dalam kegiatan ekonomi yang berasaskan kerja anyaman, sulaman, ukiran dan pemasaran :1:

Input pengeluaran ialah barang atau perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan yang lain :1:

Contoh – buruh, modal, tanah, usahawan :1:


8 Huraikan perbezaan antara kos eksplisit dengan kos implisit.    [6 markah]

Definisi: kos eksplisit ialah perbelanjaan yang sebenar dibayar oleh firma ke atas sesuatu input / faktor (bagi mengelakkannya daripada berpindah kepada kegunaan kedua terbaik) :1:

Kos implisit ialah (nilai) penggunaan input yang tidak dibayar oleh firma :1:

Konsep: kos eksplisit ialah perbelanjaan nampak / secara langsung atas input /

faktor bukan milik firma :1:

kos implisit ialah perbelanjaan tak nampak / kos lepas, iaitu input / faktor

milik firma boleh menerima bayaran jika dijual kepada firma lain :1:

Contoh: kos eksplisit – upah / gaji, bunga pinjaman bank, bil elektrik dan air :1: (satu contoh mencukupi)

kos implisit – gaji pemilik firma sendiri jika bekerja di tempat lain, sewa bangunan, bunga atas modal :1:      (satu contoh mencukupi)


Bahagian C [20 markah]

9 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor. [10]

Definisi: aliran fizikal dan aliran wang yang berlaku antara isi rumah dan firma dalam sesuatu ekonomi :2:

Gambar rajah / model (lengkap) :2:

Aliran fizikal pergerakan faktor milik isi rumah ke pasaran faktor :1:

Dibeli oleh firma bagi proses pengeluaran barang dan perkhidmatan :1:

Aliran fizikal pergerakan barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh firma ke pasaran barang :1:

Dibeli oleh isi rumah untuk penggunaan :1:

Aliran wang bayaran atas faktor, iaitu upah, sewa, bunga dan untung oleh firma kepada isi rumah :1:

Pendapatan isi rumah dibelanjakan untuk membeli barang dan perkhidmatan :1:

Aliran wang bayaran atas barang dan perhkhidmatan oleh isi rumah kepada firma :1:

Pendapatan firma dibelanjakan untuk membayar pembelian faktor :1:         [nota: maksimum 10 markah]


10 Berdasarkan gambar rajah yang sesuai, dan dengan andaian ceteris paribus, huraikan kesan terhadap keseimbangan pasaran ayam di negara anda sekiranya:


(a) harga makanan ternakan ayam meningkat


(b) persatuan pengguna berjaya meyakinkan masyarakat bahawa ikan ialah sumber


protein yang terbaik untuk kesihatan


(c) kerajaan memberi subsidi kepada penternak-penternak ayam. [10 markah]

 (a) Keluk / label   D, S1, So, E1, P1, Po Eo, D;  Kuantiti (unit), Q1 Qo.

Keluk :1:

Huraian harga input naik, kos naik, SS alih ke kiri, P naik, Q turun :2:

(b) Harga (RM), Do, S, D1 Eo, P1, E1, Po Eo, Do, S D1, O Kuantiti (unit), Q1 Qo

Keluk :1:

Huraian DD berkurangan, DD alih ke kiri, harga jatuh, kuantiti turun :2:

(c) Harga (RM), D So S1, Eo, P1, Po E1, So D, O Kuantiti (unit), Qo Q1

Keluk :1:

Huraian kos jatuh, SS alih ke kiri, harga jatuh, kuantiti naik :2:

(Nota: beri bonus 1 markah jika semua jawapan betul)


11 Dengan menggunakan pendekatan utiliti kardinal, terangkan pembentukan keluk permintaan individu. [10 markah]

Definisi: keluk permintaan individu menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti yang diminta bagi sesuatu barang :1:

Konsep: pembentukan keluk DD yang bercerun negatif / ke bawah dari kiri ke kanan dapat diterangkan menerusi hukum utiliti sut berkurangan :1:

Contoh: Andaian 2 barang, Px, Py, Y :1:

: Jadual Q, TUx, MUx, TUy, MUy :2:

: syarat keseimbangan 1 - MUx/Px = MUy / Py :1:

: syarat keseimbangan 2 - PxQx + PyQy ≤ Y :1:

: andai Py jatuh, Px tetap --> tambah Qy, Qx :1:

: jadual P,Q bagi barang y :1:

: keluk permintaan individu bagi barang y :1:


12 Apakah hukum pulangan berkurangan bertentangan dengan ekonomi bidangan?
     Jelaskan kedua-dua konsep dengan menggunakan gambar rajah.                        [10 markah]

Hukum pulangan berkurangan (HPB) tidak bertentangan dengan ekonomi bidangan (EB), malah memiliki persamaan :1:

HPK berdasarkan konsep jangka pendek, dengan andaian apabila input berubah ditambah terus-menerus atas input tetap, jumlah keluaran (TP) mulanya bertambah pada kadar yang makin meningkat, kemudian pada kadar menurun mencapai titik maksimum :1:

Dalam SAC, hukum ini digambarkan pada bahagian mencerun ke atas :1:

EB merujuk konsep jangka panjang, iaitu semua input ialah input berubah :1:

Apabila firma menambah keluaran secara terus-menerus, LAC akan menurun :1:

Digambarkan dengan bahagian keluk LAC mencerun ke bawah :1:

Label keluk: Kos (RM), B, SACo, A, SAC1, C, LAC, 0, Qo Q1 Keluaran (unit)

Huraian: jika firma menambah keluaran dari OQo ke OQ1, HPK berlaku

merujuk SACo, kos purata naik dari AQo ke BQ1

firma tidak lagi menggunakan loji SACo, sebaliknya SAC1

untuk meneluarkan OQ1, kos purata jangka panjang turun ke CQ1, iaitu bahagian LAC menurun @ EB

(keluk: 2 markah, huraian: 2 markah)
© azhar bin mohd rodzi, m.ed (distinction) (malaya)

8 comments:

hoo said...

cikgu...saya tak berapa faham huraian soalan 12. boleh jelaskan lagi tak? thank you =)

cikgu azhar said...

hukum pulangan berkurangan (hpb) merujuk fungsi pengeluaran jangka pendek. pada mulanya, apabila input (buruh) ditambah secara terus-menerus, jumlah keluaran (TP) pada mulanya meningkat dengan cepat, setelah itu peningkatan TP menjadi makin perlahan (huraikan bentuk keluk TP), kemudian maksimum dan selepas itu turun.

kesan tambahan input terhadap tambahan input juga boleh dijelaskan menerusi keluk keluaran sut (MP). apabila output ditambah secara terus-menerus, mulanya tambahan output juga meningkat ditunjukkan oleh kecerunan MP yang positif, kemudian mula menurun hingga memotong AP (keluk keluaran purata) dan menjadi negatif setelah memotong paksi kuantiti input pada TP maksimum.

huraian untuk ekonomi bidangan merujuk keluk LAC.

nota: berikan e-mel hoo untuk jawapan yang lengkap dengan keluk sebagai panduan merujuk buku teks...

selamat berjaya

Ester W said...

Thanks Cikgu Azhar :D God bless you

Unknown said...

cikgu apa sebab keluk permintaan ke bawah dari kiri ke kanan mengguna kan utiliti kardinal??

Unknown said...

cikgu apa sebab keluk permintaan ke bawah dari kiri ke kanan mengguna kan utiliti kardinal??

Unknown said...

cikgu apa sebab keluk permintaan ke bawah dari kiri ke kanan mengguna kan utiliti kardinal??

cikgu azhar said...

utiliti kardinal bermaksud bahawa kepuasan boleh diukur dengan angka

baca huraian lanjut di laman http://www.economicsdiscussion.net/cardinal-utility-analysis/consumers-behaviour-cardinal-utility-analysis-explained-with-diagram/1111

Unknown said...

Cikgu nk farahloww@gmail.com