SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, May 4, 2010

DEBAT BAHASA INGGERIS KE AKHIR KEBANGSAAN (BREAKING NEWS: MICHAELIAN'S DEBATE TEAM SET THE FINAL CLASH)

Kuala Lumpur, Selasa: 4 Mei 2010 / 19 Jamadil Awal 1431

Pengorbanan dan susah payah yang dilalui oleh pasukan debat Bahasa Inggeris nyata berbaloi. Di bawah bimbingan guru berpengalaman, Encik Thedarajan, mereka telah membawa SMK St Michael, Ipoh (SMI) ke mercu kejayaan. Pasukan berkenaan berjaya mengenepikan cabaran SMK Kepong pada peringkat separuh akhir.

Pertandingan debat ala parlimen anjuran Helps University itu sangat berprestij dan disertai oleh hampir semua sekolah elit, iaitu sekolah berasrama penuh, sekolah berprestasi tinggi dan sekolah kluster seluruh negara. Maka, kejayaan SMI menjengah saingan akhir bukanlah mudah. Memang tepatlah penarafan Jabatan Pelajaran Negeri Perak meletakkan debat bahasa Inggeris sebagai bidang tujahan (niche area) yang melayakkan SMI dinobatkan dengan status sekolah kawalan negeri, selain pementasan drama tahunan.

Selain petah bertutur bahasa Inggeris, setiap pendebat juga mesti berkeupayaan berfikir dengan cepat, lalu menyampaikan segala hujah secara spontan, serta in promt to. Pendebat juga mesti peka dengan setiap patah hujah pendebat lawan untuk persediaan membuat bidasan, seterusnya meruntuhkan kes lawan. Dalam laras bahasa parlimen, pendebat SMI wajib memastikan bahawa usul pihak lawan akan ditolak oleh persidangan (jika mereka  YB kerajaan).

Penerimaan atau penolakan sesuatu usul perdebatan ala parlimen pada akhirnya akan ditentukan oleh pihak juri, bukan secara undian Yang Berhormat atau undian belah bahagi sebagaimana amalan sebenar di parlimen. Maka, tugas de facto setiap pendebat ialah memikat perhatian juri. Pendebat simpanan juga berperanan membantu tiga pendebat utama bagi menentukan input hujah yang sesuai.

Pertandingan akhir menentang SMK La Salle, Petaling Jaya dijadualkan berlangsung Khamis ini, iaitu lusa. Sama-sama kita berdoa agar pendebat SMI berjaya mencipta sejarah untuk muncul sebagai juara buat julung-julung kalinya. Sebelum ini pencapaian terbaik SMI ialah naib johan buat beberapa kali.

Tajuk debat akhir dan penetapan peranan sebagai YB kerajaan atau YB pembangkang dibuat sejam sebelum pertandingan. Setelah itu kedua-dua pasukan akan dikuarantin untuk memastikan mereka tiada peluang akses dengan bimbingan pakar. Budak debat SMI terdiri daripada:
    1   Muhamad Imran
    2   James William Foong
    3   Noel Anthony Mano
    4   Frederick Dylan Pereira

Diucapkan selamat berjuang...

2 comments:

Anonymous said...

pertandingan ni dibuat di mana?
di mana venue pertandingan pada hari khamis ini

Anonymous said...

kampus universiti helps, damansara, kuala lumpur